Tuesday, August 16, 2016
job coach
Saya telah dihujani dengan banyak pertanyaan terutama dari kalangan mereka yang normal dan juga oku Untuk mencari pekerjaan ... ada yang berkelulusan pmr, spm,stpm, diploma dan ada juga berkelulusan ijazah... baiklah bagi menjawab pertanyaan itu di tuan tuan puan puan cik cik boleh menghubungi job coach di pdk berhampiran di negeri masing masing... mereka ni akan membantu tuan puan dan cik dalam mencari menjodohkan pekerjaan yang sesuai buat kalian.... harp maklum
latihan bola jaring dan badminton petugas pdk
Tahniah kerana telah dapat membentuk 2 pasukan mantap untuk pasukan bola jaring dan badminton petugas dan penyelia pdk .... bukan tak suka tetapi dari pemerhatian didapati ada beberapa kumpulan petugas pdk yang diketepikan Alias hanya menjadi pemerhati sahaja kerana tidak tahu bermain badminton dan bola jaring... baru sahaja habis berkursus kan dan kata hendak kesepakatan dan kesepaduan ttp apa dipaparkan dan diperhatikan berbeza dengan apa yang diwarwarkan ... pada saya bukanlah baik jika membentuk kumpulan berasaskan sumber untuk memantapkan sumber ekonomi petugas pdk tu ... lagipun elaun kerja tu amatlah kecil hanya rm 700 dan satu lagi yang di atas tu :
A. Pegawai jkm
B. Penyelia
C. Pengerusi
D.ajk pdk
E. Ibubapa pelatih pdk
janganlah asyik guna tag yang sama setiap tahun "jika tak suka ,awak boleh berhenti dan letak jawatan "
Mereka ni petugas pdk telah terpilih di antara beribu orang dan sebab itulah mereka ni diberikan oleh Allah untuk bertugas di pdk tersebut...
Ada mulut bertapislah apabila bertutur
Ada otak akal gunakan sebaik mungkin
Ada mata jangan hanya pandang orang itu sahaja , bukalah luas ruang pandangan agar dapat melihat semua
Maafkan saya jika terkasar bahasa ....
Wednesday, March 16, 2016
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGHARGAI ATAU TIDAK MENGHARGAI PETUGAS PDK
Bagaimana cara utk menghargai petugas pdk ?
A. Biarkan saja
B. Ancam mereka sebab jawatan mereka sukarela ... nak kerja buat kerja ..kalau tak nak kerja resign je
C. Mengucapkan terima kasih atas kerjasama walaupun sekecil mana yg telah diberikan
D. Memberi insentif tambahan kepada mereka supaya lebih rajin bekerja
E. Menaikkan upgrade supaya wujud laluan kerjaya mereka di pdk
F. Memaksa mereka buat kerja
G. Menyalahkan mereka dan meletakkan 100 % kesalahan jika sesuatu berlaku
H. Buat kloni hanya yg disukai sahaja diajar dan lain dibiarkan
I. Jangan benarkan berehat sebab masa kerja mereka tu tak lama
J. Mereka khasnya petugas tidak dibenarkan mengetahui kewangan dan pentadbiran di pdk ...oleh itu kunci pejabat dan letakkan password di komputer ...ini dapat susahkan mereka utk guna komputer ...hihi
K. Jgn benarkan mereka mendapatkan hak sebagai pekerja warga negara malaysia ...jgn potong sosco utk mereka ...hihi
L. marah mereka yg buat salah di depan semua orang tak kiralah pelatih,ibubapa dll agar semua tahu kesalahan yg dia buat...
M.Bawa penyelia untuk mengikuti rombongan sahaja sebab penyelia penting dan tidak merasai kehadiran petugas
dan banyak lagi cara untuk menghargai dan tidak menghargai petugas di pdk.
Anda boleh pilih beberapa pilihan jawapan sebab tu semua situasi yang berlaku di pdk berbeza beza ....
ada mata buka ..ada fikiran fikir...ada masa selidik ...
apakah tindakan drastik yang perlu pdk laksanakan ...SEGERA....
Cuba tanya apakah tindakan drastik yang perlu PDK pusat pemulihan dalam komuniti laksanakan supaya menampakkan lebih profesional dan tidak berlaku sesuatu yang disesali pada masa hadapan ....
tindakan perlu anda lakukan SEGERA ialah: 1. duduk bermesyuarat dan setiap orang yang terlibat dalam pdk perlu mengerah idea inovasi....
selama ini pun hanya orang-orang tertentu sahaja (khasnya ........ yang rapat dengan pegawai sahaja ) yang terlibat aktif dalam pdk sedangkan misalannya ahli jawatankuasa dan lain-lain lepas tangan. Baik dalam kursus dan lain-lain . 2. Buat rombakan pada Buku Garis Panduan yang sedia ada... Kaji dengan teliti satu persatu ............ samakan seperti sekolah .... gunakan istilah guru dan adakan cuti akhir tahun....
3. Wujudkan kurikulum yang standard pada setiap pdk di malaysia.... bukan hanya guna idea kreatif petugas...jika petugas seorang yang kreatif tidak mengapa tetapi bagaimana jika petugas tersebut bukan orang yang kreatif
jadual kelas perlulah sama bukan berbeza-beza ikut kreativiti petugas...? 4. pusat latihan perlu diwujudkan bagi memberi latihan perguruan di peringkat diploma kepada semua petugas dalam latihan mengajar kepada kanak-kanak OKU.... JANGAN HANYA LATIHAN DIBERIKAN KEPADA PENYELIA ATAU PETUGAS TERPILIH KEMUDIAN DISENYAPKAN BEGITU SAHAJA.......... WALLAHHUALAM.......
bukan hanya di peringkat sijil asas sahaja
5. Idea mewujudkan setiap pdk satu kepakaran misalannya pdk A pdk bahagian dislkesia....walaupun telah diarahkan kepada penyelia namun penyelia dan petugas sendiri bukanlah betul2 profesional dalam bidang tersebut...jadi fikir-fikirkanlah ye........adakah anda benar2 mahir dalam bidang tersebut? fikir fikirkanlah ye...sebab itulah jika anda benar-benar ingin membantu OKU jadi perkara pertama perlu dilakukan ialah memperkasakan diri anda dengan ilmu dahulu..... 6.

Kenapa ada perbezaan elaun di antara satu negeri dgn yg lain??
Soalan saya mudah sahaja .... kenapa ada perbezaan elaun di antara satu negeri dgn yg lain contohnya beza di antara elaun diperolehi negeri johor dan negeri lain .. apa yg petugas negeri lain dah jadi orang kaya ke dan ytidak memerlukan wang elaun tu ke ataupun disebabkan sukarela dan pure sukarela maka dah tak krnal wang lagi ke .... astagfirullah .... apalah nak jadi apabila otak di atas diletakkan di bawah tapak kaki dan hati bermaharaja rela....tolinglah buka mata buka hati dan buka pemikirabn gerakkan langkah untuk berubah segera
Saturday, December 5, 2015
Di sebalik hari oku 2015 dan keluhan petugas pdk
Kawan setugas yang turut sama meraikan hari OKU merasa sedih apabila pengorbanan dan kewujudan petugas pdk yg turut sama berhempas pulas tidak dihargai ...usahkan untuk mengiktiraf mereka malahan untuk memberi sedikit insantif dengan kenaikan elaun petugas pdk yang berelaun hanya rm 712 sahaja pun tidak disebut pun .... seolah olah petugas pdk tidak wujud pun di mata komuniti, jabatan kebajikan masyarakat, kementerian pembangunan wanita dan juga ibubapa oku ni .... kasihan mereka ni ...tapi apakan daya saya hanya boleh berasa kasihan dan tidak dapat membuat perubahan pun bagi pihak mereka ....walaupun saya tidak dijemput pun kerana mereka tidak mengetahui kewujudan saya tetapi saya dapat rasai kehendak dan keluhan mereka .....
Wednesday, November 4, 2015
Hai, rindunya untuk melihat perubahan ....
Assalammualaikum dan salam sejahtera...lama juga ya saya tidak menulis dalam blog ini...bukan tidak berminat untuk menulis tetapi kerana kengkangan masa dan mencari ilmu tambahan untuk diri ini dan mencari ilmu utk membuat pemulihan atas anak anak istimewa ini .......saya amat menyayangi pdk dan ingin melihat perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran pdk dan amat mengambil berat pada masa depan kerjaya pekerja pdk tetapi apakan daya saya kerana mereka yg memegang kuasa .... saya jauh di hujung dunia ......namun dalam kesedihan itu , allah memujuk saya apabila sebahagian pemulihan yg saya lakukan ke atas anak anak oku ini telah menampakkan kejayaan .... Alhamdulillah... cadangan yg saya ajukan untuk menaikkan elaun oku juga berjaya .... Alhamdulillah. ...
Thursday, December 18, 2014
Tanpa prihatin ... tanpa bonus ...tanpa gaji minimum ....tanpa kenaikan cuti tahunan ... tanpa dihargai ...tanpa diiktiraf...tanpa segala galanya
Kami semuanya petugas pdk berwarganegara malaysia tetapi kenapa kami dibuat spt pekerja asing dari warganegara luar dan dijadikan pekerja kontrak for services .... kami tiada bonus ...tiada gaji malah diberikan elaun ... kami tiada kenaikan gaji tahunan ... kami tiada segalanya ....
GESAAN SAYA TOLONG ROMBAK SEMULA STATUS PERKHIDMATAN KAMI PETUGAS PDK DI DALAM BUKU GARIS PANDUAN TU DAN JADIKAN SEBAGAI TETAP ATAU PALING TIDAK PUN SBG PEKERJA KONTRAK OF SERVICES .... TOLONGLAH JGN ANIAYA PETUGAS PDK SE MLY DGN MENAFIKAN HAK SBG PEKERJA ....PRIHATINLAH KPD KAMI ....
Tuesday, August 19, 2014
kecacatan disebabkan oleh mereka yang tidak prihatin kepada pekerja ...fikirkanlah ye
Punca dan sebab musababnya ialah:
1. mereka berpendapat oh tidak perlu mencarum dalam SOSCO kerana kamu sukarela
(lagipun kata YB Dato Rohani ..."kami menggalakkan semangat kesukarelaan dan mereka yang sukarela tidak perlulah dimasukkan dalam AKTA KERJA " )
2. mereka telah tahu perlu memotong sosco tetapi mengambil jalan mudah memutar belitkan dengan menggunakan klausa dalam sumber manusia dengan cara menukarkan kepada skim baru skim pekerja KONTRAK DALAM PERKHIDMATAN
3. mereka yang bekerja berelaun rendah dan dalam kategori orang normal bukan OKU tetapi diketepikan hak sebagai pekerja
seharusnya mereka diberikan gaji bukan elaun dan dipotong SOSCO dab KWSP
4. Pergi dan pulang mereka tidak dilindungi dan kes kemalangan baik di tempat kerja dan di jalan raya semakin meningkat saban hari .....
andaikata mreka terlibat dalam bencana dan disahkan cacat ...siapa yang akan bertanggungjawab ke atas mereka...... Ada otak fikirlah ye
5. Majikan juga tidak prihatin dengan keadaan di dalam tempat mereka bekerja misalnnya di kilang .....ni untuk kilang yang sering terlepas pandang oleh pihak berwajib...... kebersihan dan keselamatan pekerja tidak dijaga......
hah ada otak tu fikirkanlah ye

Thursday, May 1, 2014
Tinjauan Dan Reaksi Individu Terhadap Pekerjaan Dan Majikan
Ini tinjauan dibuat oleh wartawan Harian sinar bersempena Hari Pekerja 2014....
Di PDK memang lain daripada lain .... Kami bukan pekerja dan bukan kontraktor dan bukan juga majikan ...hah pelikkan ???? ....sebab kami ni memang istimewa dan dipilih di antara ramai ramai orang untuk bekerja untuk orang orang istimewa.... sebab itulah kami ni digelar sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan dan kami di antara orang yang terkaya dan hartawan di Malaysia walaupun berelaun RM 700 sebulan je ...
Alhamdulillah..........
Perbezaan Antara Majikan Dan Pekerja
video yang penuh makna tersirat..fikir fikirkanlah ye ....
beza antara majikan dan pekerja ..........
tips untuk para majikan mengelakkan daripada membayar gaji minimum seperti ditunjukkan oleh majikan kami ..kaedah tip top
Majikan Yang Tidak Mohon RM 900 Minima Perlu Didenda
wahai majikan ......
buatlah seperti majikan kami buat untuk mengelakkan daripada membayar gaji minimum...nak tahu caranya ...baca hingga habis ye..ni tips yang ditunjukkan oleh majikan kami.....
1. apabila pekerja anda mohon kerja tawarkan dia jawatan sebagai pekerja kontrak untuk perkhidmatan.
2. jika dia dah bekerja ubah sahaja skim bekerja dia kepada pekerja kontrak untuk perkhidmatan
kebaikannya ialah:
1. anda tak perlu potong kwsp (menyusahkan anda sahaja)
2. anda tak perlu potong sosco (menyusahkan anda sahaja)
3. anda tak perlu beri mereka duit untuk kerja lebih masa (menyusahkan anda sahaja) tetapi anda boleh paksa mereka bekerja lebih masa tanpa kira masa dan hari
4. anda tak perlu beri mereka bonus pun ( menyusahkan anda sahaja dengan tambahan bonus ni pada pekerja)
5. anda tak perlu beri mereka mileage tapi anda boleh paksa mereka buat mileage
6. anda boleh menggunakan kenderaan mereka sebab apa yang mereka ada itu adalah hak anda sebagai majikan mereka.
7. anda tak perlu mereka motivasi sebab jika mereka nak kerja mereka kerjalah
8. anda tak perlu memberi mereka latihan bekerja sebab jika anda bijak anda boleh paksa mereka bekerja atas daya inisiatif / kreativiti sendiri
9. anda boleh ugut mereka jika mereka tak nak bekerja you can get out from here....
10 . anda boleh salahkan mereka kerana kenapa mereka memohon kerja ni ...
11. pekerja anda tidak boleh mengadu pada mana mana kesatuan sekerja atau jabatan tenaga kerja kerana mereka tak termasuk dalam akta pekerja tahun 1955
12. anda boleh memberi mereka elaun sahaja tanpa perlu memberi mereka gaji . ini untuk mengelakkan mereka dapat gaji minimum
13. anda dibenarkan membuat apa sahaja ke atas mereka tanpa perlu khuatir tindakan undang undang ke atas anda....
Insya allah jika saya buka perniagaan sendiri ..saya akan gunakan cara ini sebab ini yang diajar oleh majikan saya .... jadi saya dapat elakkan bayar gaji minimum dan saya selaku majikan tak akan dikenakan denda atau ditangkap .
Oh ye satu lagi anda boleh beri mereka elaun RM 600 atau RM 700 terpulanglah sebab di Malaysia ini dengan kenaikan semua barangan dan perkhidmatan ...di tambah lagi gst cukai cukai dan TPPA ini akan memberi anda kelebihan berbanding mereka yang bekerja tetap ...best kan tip ni .... saya pun akan ikut cara ini... bak kata pepatah bapa borek anaknya rintik...hihihihi
Monday, February 17, 2014
Inflation cost for medical treatment
Inflation cost for medical treatment.
Kalau anda masih sihat anda perlu menyediakan kewangan yg mecukupi sebelum berlaku perkara yg tidak diingini.

Semakin naik dan terus naik....Kami yang bekerja di Pusat pemulihan Dalam Komuniti PDK ni sudahlah berpendapatan rendah hanya RM 700 tanpa potongan sosco...Andai katalah jika berlaku sesuatu kemalangan yang tidak diingini baik semasa pergi bekerja , dalam bekerja di PDK atau semasa membuat lawatan ke rumah atau pulang bekerja ataupun jika ditimpa penyakit kritikal manalah kami berkemampuan untuk menyediakan kewangan dalam jumlah yang besar RM 54,000 tu.....Nampaknya terpaksalah menahan kesakitan dan menanti ajal sahajalah .... walaupun bekerja tetapi kami tiada sosco dan tiada insuran perubatan.... Alkisahnya yang sipendatang asing pihak majikan boleh pula memberi mereka insuran tetapi kami anak warganegara Malaysia terbiar walaupun bekerja.......Apalah malangnya nasib....cuma berserahlah dan berdoalah jangan sesuatu tidak baik menimpa pada kami ... Almaklumlah kami di PDK ni walaupun mendapat elaun daripada JKM alias Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebab tak mampu nak beri istilah gaji jadi diberilah istilah elaun .... dan kamipun sebab mereka tak mampu nak bertanggungjawab untuk menjadi majikan akhirnya diserahkanlah kepada komuniti ...itu jalan yang paling mudah untuk melepaskan tanggungjawab kepada orang lain ... dan idea paling best ini sebenarnya datang daripada golongan berstatus elit alkisahnya............ Apabila diungkitkan agar diberi gaji minimum dalam mesyuarat mereka mengatakan Ooooohhhh ini tidak mungkin kerana melibatkan kos yang tinggi padahal jika difikirkan boleh pasti boleh dilakukan tetapi apabila difikirkan tidak boleh bermacam macamlah alasan yang diberikan untuk mengelak tanggungjawab ....ahh di sunia terlepas tetapi di akhirat jawablah sendiri ya...bukan mulut menjawab tetapi anggota lain menjawabnya......
Pandanglah di bawah jangan asyik pandang di atas tu aje ye......

Dosa Purba Yang Di Lihat Moden
Dosa Purba Yang Di Lihat Moden
by admin on July 11, 2012

by: Mohd Al Adib Samuri
http://www.al-adib.net/
Pengalaman belajar English bersama pelajar dari pelbagai negara membuka ruang kepada saya untuk melihat dunia dengan lebih luas. Saya bertemu dengan ramai manusia yang berstatus Muslim, tetapi mempunyai pelbagai wajah.
“Saya sudah merasa beberapa jenis alkohol di Malaysia. Menarik sekali.” Seorang Muslim Iran yang pertama kali keluar dari negaranya bercerita penuh bangga. Kelab malam di ibu kota Kuala Lumpur dirayapi setiap malam.
Tiadakah arak di Iran, sehingga kamu terpaksa meminumnya di sini?” Saya membalas.
“Ada, tetapi dijual secara haram. Sukar didapati.” Lelaki 10 tahun muda daripada saya itu menjawab. Kemudian dia menyambung, “saya rasa ingin tukar mazhab. Jadi Sunni mungkin lebih mudah daripada menganuti Shiah.” Dia menambah yang dirinya begitu tertarik dengan keterbukaan negara Sunni seperti Malaysia, yang bebas untuk membuat dosa apa sahaja.
Bodoh! Hati saya membentak
“Kamu hendak ikut saya pada malam ini?” Anak muda Iran itu mengajak rakan sebelah kirinya, seorang Russian setelah tahu saya adalah seorang Sunni yang taat. Hampir setiap hari dia akan bercerita tentang kelab malam yang baru dikunjungi, arak dan makanan haram yang diratah di bumi Malaysia ini.
Kehidupan sosial yang beraktivitikan maksiat.
Kelab Sosial Pelbagai Nama dan Jenama
Kelab hiburan, diperindahkan sebutannya oleh P. Ramlee sebagai Kalabul Malami, memang destinasi yang menjadi pilihan bagi hati-hati yang menggemarinya. Malahan, media dan produksi tv di Malaysia tidak jemu memaparkan kelab malam sebagai destinasi pelepas tekanan perasaan, penghilang penat dan pengubat masalah hidup yang membelenggu. Medan pertemuan manusia socialite ini hanya beroperasi apabila menjelang malam hari, malah pengusaha di Malaysia menjadi terlebih Barat dengan membukanya sehingga lewat pagi. Malah, pada tahun 2010, terdapat menteri Malaysia yang hilang pedoman dengan memperuntukkan sejumlah dana kepada industri kelab hiburan bagi menarik minat pelancong luar. Nampaknya, budaya ‘clubbing’ tidak pernah hilang pada dada para pencinta dan pejuang maksiat. Budaya ini akan terus dipertahankan dalam jalur kehidupan mereka.
Lebih malang, apabila terdapat serbuan daripada pihak berkuasa agama terhadap kelab hiburan, pelbagai pihak bangkit mengkritik. Para liberalis akan kepanasan berhujah bahawa kesalahan moral tidak patut diangkat sebagai suatu perundangan, malah dosa peribadi tidak patut diambil tahu oleh pemerintah negeri. Para kapitalis pula asyik mengira figur kerugian yang tidak pernah ditunjukkan dengan kajian empirikal. Para pendukung sekularis juga bersuara sumbang mengkritik negara ini jangan cenderung mengikut jalan Taliban. Dunia moden ini menyaksikan pendosa dan ahli maksiat seringkali kelihatan terbela.
Tempat-tempat berkumpul ini tidak hanya berjenama kelab malam atau kelab hiburan. Malahan, ada juga berlabelkan pusat kesihatan, pusat kecergasan dan rumah kelab. Namun, kandungan dan aktivitinya sama.
Dosa Purba
Sebenarnya, cara hidup ber‘clubbing’ yang sering dilihat moden itu adalah maksiat purba yang telah lama wujud dalam peradaban manusia. Aktiviti yang kelihatan ‘cool’ itu adalah warisan daripada Kaum Nabi Lut.
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ
Maksud: Kalian melakukan hubungan seks bersama lelaki, merompak di jalanan dan mendatangi tempat pertemuan untuk melakukan munkar. (al-Ankabut: ayat 29)
Kebanyakan kita hanya tahu bahawa kemurkaan Allah yang menimpa Kaum Nabi Lut disebabkan oleh kecenderungan orientasi seksual mereka yang melawan fitrah yang ditetapkan Allah. Sebenarnya, mereka turut melakukan dua lagi dosa iaitu merompak dan mendatangi kelab pertemuan untuk melakukan maksiat dan mungkar, sebagaimana yang diterangkan dalam ayat di atas. Apabila Nabi Lut berdakwah kepada mereka untuk meninggalkan tiga maksiat tersebut, mereka mencabar Allah dan Rasul-Nya agar segera menurunkan azab yang diancam ke atas mereka.
Ayat di atas juga menjelaskan bahawa manusia sudah ber’clubbing’ semenjak zaman dahulu lagi dan bermaksiat di dalamnya. Perkataan ‘nadi’ itu bermaksud tempat pertemuan orang untuk berkomunikasi, sebagaimana dijelaskan oleh al-Isfahani. (al-Isfahani, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Lubnan: Dar al-Makrifah, jil. 1, hlm. 486) Perkataan mungkar dalam ayat itu pula ditakrifkan oleh al-Isfahani sebagai setiap perbuatan yang dinilai oleh akal yang sihat sebagai suatu yang buruk atau jika tidak ditetapkan oleh akal tentang keburukan dan kebaikannya, syariat telah menganggapnya sebagai suatu yang buruk. (al-Isfahani, al-Mufradat fi Gharib al-Quran, Lubnan: Dar al-Makrifah, jil. 1, hlm. 505) Rumusannya, perbuatan berkumpul di suatu tempat pertemuan untuk melakukan kemungkaran telah lama dijadikan budaya hidup Kaum Lut. Apabila menyebut kemungkaran, segalanya terhimpun di tempat itu, sama ada meminum arak, menikmati seks terlarang mahupun berjudi.
Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa “kaum Lut melakukan dan membicarakan sesuatu yang tidak wajar di tempat pertemuan mereka yang mereka berkumpul padanya dan tidak mengingkari perbuatan mungkar yang dilakukan antara satu sama lain.” Terdapat banyak pandangan ahli tafsir tentang jenis kemungkaran yang Kaum Lut lakukan. Mujahid berpandangan bahawa Kaum Lut melakukan hubungan seksual di hadapan khalayak awam. Terdapat juga pendapat yang mengatakan mereka suka melaga binatang (bagi tujuan perjudian). (Ibn Kathir, Tafsir Ibn Kathir, Beirut: Dar al-Fikr, 1401H, jil. 3, hlm. 412) Terdapat suatu hadith yang menerangkan maksud ayat ini. Ummu Hani’ melaporkan bahawa:
سألت رسول الله عن قوله تعالى ( وتأتون في ناديكم المنكر ). قال: يخذفون أهل الطريق ويسخرون منهم .
Aku bertanya kepada Rasulullah tentang maksud ( وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ ).
Baginda menjawab: “Mereka melontar batu kepada pengguna jalan raya dan mengejek-ngejek mereka.” (Muhammad bin Isa, Sunan al-Tirmizi, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath, jil. 5, hlm. 342, no. Hadith: 3190. Dihukumkan sebagai hasan oleh al-Tirmizi.)
al-Mubarakfuri ketika memberi komentar terhadap hadith di atas telah mengumpulkan pelbagai pendapat tentang jenis kemungkaran yang dilakukan oleh Kaum Nabi Lut, sebagaimana yang disenaraikan oleh Ibn Kathir. Selain kemungkaran yang dinyatakan oleh hadith di atas, Aisyah melaporkan bahawa mereka melakukan hubungan seks sesama lelaki secara terbuka di hadapan orang di tempat itu. (al-Mubarakfuri, Muhammad Abd al-Rahman bin Abd al-Rahim. Tuhfat al-Ahwazi, Beirut: Dar al-Kitab al-Ilmiyah, jil. 9, hlm. 36.)
Daripada perbincangan ini, jelaslah bahawa setiap perbuatan mungkar yang dilakukan di suatu tempat secara beramai-ramai sememangnya mendapat kemurkaan Allah. Ini kerana maksiat dan kemungkaran itu dilakukan secara terbuka, malah pelakunya merasa bangga serta tiada seorang pun menegur antara satu sama lain agar perbuatan itu dihentikan. Maksiat ‘clubbing’ yang klasik ini nampaknya terus bertahan di dunia moden dan tidak banyak inovasi yang ditawarkan oleh syaitan. Ringkas sahaja, arak, judi, muzik dan seks!
Hidup bersosial tanpa dosa
Mengapa perlu bersosial di premis penuh fitnah dan membuka pintu kepada pelbagai dosa?
Tidak salah untuk duduk berkumpul, berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama. Ini kerana manusia memang dicipta Allah sebagai makhluk yang suka bersosial. Namun, interaksi sesama manusia perlulah berada atas landasan taqwa, iaitu rasa takut kepada Allah. Manusia yang berhubung dengan manusia lain atas dasar takut kepada Allah akan mencetuskan momentum untuk lebih dekat kepada Allah.
Hakikatnya, manusia berhubungan mengikut kecenderungan rohnya. Kaki masjid akan selesa berbicara dengan orang yang turut suka menghidupkan masjid. Manakala, ahli maksiat akan lebih gembira untuk melakukan dosa apabila duduk bersama-sama rakan sejenisnya. Dua jenis manusia ini sukar sekali berhubung hati. Inilah maksud bagi hadith yang dinyatakan oleh Rasulullah:
الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فما تَعَارَفَ منها ائْتَلَفَ وما تَنَاكَرَ منها اخْتَلَفَ
Maksud: Ruh adalah seperti bala tentera yang terkerah, maka sesiapa yang mereka kenali, mereka akan bersamanya. Dan sesiapa yang mereka tidak kenali, mereka tidak akan bersama. (al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar Ibn Kathir, 1987, jil. 3, hlm. 1213, no. Hadith: 3158.)
Kita punya pilihan untuk memilih untuk bersosial bersama ‘roh’ yang bagaimana dan di mana
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
Sumber: http://www.tranungkite.net/
Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan
by admin on October 27, 2011
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam
http://myibrah.com/panduan-mendidik-anak-mengikut-islam
Sabda Rasulullah s.a.w.
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam
by admin on November 10, 2011
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otakSabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Apa istimewa tarikh itu? fikir fikirkanlah ....
Apa istimewa tarikh itu?
MUHAMAD HAFIZ MAHMOOD
1 Januari 2014
- foto hiasan sumber internet
Tahukah anda bahawa 2014 juga tidak terlepas dengan tarikh yang mengujakan? Cuba periksa kalendar anda untuk tarikh yang berikut:
04-04-2014
06-06-2014
08-08-2014
10-10-2014
12-12-2014
Mungkin ada yang berkata, cuma nombor yang sama, tapi apakah rahsia disebaliknya?
Kepada yang selesai menatap kalendar dan mungkin ada yang tidak perasan bahawa tarikh-tarikh tersebut semuanya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam.
Jumaat merupakan hari manusia dihidupkan, dimatikan dan juga dihidupkan kembali di akhirat kelak.
Selain daripada itu, Jumaat juga hari yang menyaksikan umat Islam berkumpul di bawah bumbung rumah-rumah ALLAH SWT untuk menunaikan solat fardhu Jumaat.
Bagi pihak lain, tarikh sebegini mampu memberi 1001 erti dan memainkan peranan yang amat besar dalam membina dan memelihara hubungan. Untuk sesetengah orang, tarikh yang menarik akan memelihara memori yang berlaku pada tarikh tersebut.
Sunday, February 16, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)

![3 Hal yang boleh mendatangkan kebencian orang pada kita. Kalau boleh elakkan menjadi orang yang dibenci...
⇩ ⇩ ⇩
Makan Banyak tapi BADAN SEKEPING?
Nak TAMBAH BERAT BADAN tapi TAK NAK GEMUK?
Jom Dapatkan ➜ @[324250501041308:274:Berat Badan Ideal]](https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/t1/1797416_259320617570908_1245172759_n.jpg)