Wednesday, March 28, 2012
PANAS...... PANAS... PANAS............
ADA ISU PANAS DI KALANGAN MEREKA YANG DUDUK SEBUMBUNG DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ....
Memang panas sehinggakan setiap hari setiap minit setiap saat terdengar rungutan daripada mereka....
Saya tidak akan dedahkan isu ini di dalam entri pada kali ini tapi saya mintalah atas jasa baik pihak pengurusan JKM supaya dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.....
Lihatlah gambar bayi ini ...
inilah kehendak mereka......
sedangkan yang lain di pdk lain pula kehendak mereka ...jadi fikir-fikirkanlah ye....
jika mereka sedih mereka akan ..............
jika mereka suka mereka akan ............
fikir-fikirkanlah ye ....
SOALAN LAZIM KPWKM
PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA
Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
Sebab utama adalah seperti berikut:
- Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
- Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.
- Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
- Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.
- Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:
- OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
- Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta.
- Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar.
- Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
PERINGKAT JKM - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Q
Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)?
A
Â
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagikeberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.
Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK?
Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.
PERINGKAT JKM - KERJA KESUKARELAAN
Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?
- Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
- Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri
- Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
- Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.
Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM?
Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.
- Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
- Pertubuhan bertaraf tempatan.
- Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.
- Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan.
- Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.
jAWAPAN ANDA MUNGKIN ......................
BAIKLAH HANYA NI YANG DAPAT DIKUTIP LAIN KALI DISERTAKAN SOALAN LAIN...K?
KEHENDAK PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 PTK PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT JPA.
SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 2 (PTK2)
BAGI PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT
GRED S27
1. Matlamat Sukatan
1.1 Berupaya memahami prinsip-prinsip berkaitan pengetahuan kerja sosial,
pengurusan sumber dan arahan pentadbiran;
1.2 Mempunyai kecekapan mengaplikasikan prinsip-prinsip dan peraturanperaturan
yang telah ditetapkan dalam melaksanakan bidang tugas
jawatannya;
1.3 Mampu mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan dan membuat
keputusan dengan baik.
2. Tujuan Peperiksaan
Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai sebagai satu syarat anjakan
gaji dan pertimbangan untuk kenaikan pangkat.
3. Pegawai yang Layak Menduduki Peperiksaan Ini
3.1 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S27 yang berada di
tanggagaji P2 atau P3; dan
3.2 Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
4. Sukatan Peperiksaan
Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan
Kompetensi Khusus.
Bahagian I
4.1 Kompetensi Umum
4.1.1 Keutuhan Peribadi
Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh kakitangan awam ke
arah meningkatkan kualiti dan produktiviti Perkhidmatan sosial
seperti:
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
2
Piagam Pelanggan Jabatan
Kod Etika Pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat
Prinsip Kerja Sosial
Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam
4.1.2 Dasar-dasar Negara
Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
Dasar Sosial Negara
Dasar Warga Tua
Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
Dasar Pembangunan Negara
4.1.3 Kualiti Perkhidmatan Pentadbiran Am
Perkhidmatan Kaunter
Kualiti layanan telefon
Fail Meja dan Manual Prosedur Kerja
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)
Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)
MS ISO 9000
4.1.4 Kemahiran Kerja Sosial
Penyiasatan
Merakam Kes/Merekod Kes
Laporan Kes
Diagnosa
Rancangan Pemulihan
Kajian Semula
4.1.5 Konsep Kerja Sosial
Kerja kes
Kerja kumpulan
Persidangan kes
Organisasi komuniti
Perancangan sosial
Penyelidikan sosial
Tindakan sosial
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
______________________________________________________________________________________
3
BAHAGIAN II
4.2 Kompetensi Khusus
4.2.1 Pengendalian Program Pembangunan Komuniti
Pemulihan Dalam Komuniti
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak
Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak
Briged Kebajikan Perdana
Pembangunan Sosial
Pembangunan NGO/Bengkel Terlindung
Lembaga Pelawat Institusi
Geran Pelancaran [contoh: Geran Pelancaran, Bantuan
Pertubuhan Sukarela Kebajikan]
4.2.2 Pengendalian Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga
Perkhidmatan yang disediakan
Perkembangan kanak-kanak
Konvensyen Hak Kanak-kanak
Institusi kanak-kanak
Institusi akhlak
Akta berkaitan [contoh: akta Kanak-kanak 2001, Akta
TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993, Akta
Pengangkatan 1952, Akta Pendaftaran pengangkatan
1952].
Kaedah dan Peraturan berkaitan
Skim bantuan berkaitan [contoh: Bantuan Sekolah,
Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan
Cermin Mata, Bantuan Am Negeri].
4.2.3 Pengendalian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
Perkhidmatan OKU
Biwako Millennium Frame of Action 2003 – 2012
Isu-isu kecacatan
Institusi OKU
Skim bantuan berkaitan [contoh: Elaun Pekerja Cacat,
Bantuan Alat Otopedik/Alat tiruan, Bantuan Cermin Mata,
Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri]
4.2.4 Pengendalian Perkhidmatan Warga Tua dan Orang Papa
Dasar Warga Tua Negara
Perkhidmatan yang disediakan
Konsep dan teori penuaan
Keperluan dan penjagaan warga tua
Pemulihan orang papa
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
______________________________________________________________________________________
4
Akta, Kaedah dan Peraturan berkaitan [contoh: Akta
Orang Papa 1977]
Institusi warga tua
Institusi Pemulihan Pengemis
Skim bantuan berkaitan [contoh: Bantuan Orang Tua,
Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am
Negeri].
4.2.5 Pengendalian Perkhidmatan Pemulihan Dadah
Perkhidmatan yang disediakan
Pusat Pemulihan Serenti
Akta, Kaedah dan Peraturan berkaitan [contoh: Akta
Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta
Dadah Berbahaya 1952].
Program pencegahan
- Pencegahan awalan
- Pencegahan umum
Modaliti pemulihan
Pengawasan
- Dalam komuniti
- Selepas pembebasan
Soalan : Bahagian I – 40 soalan
Bentuk Peperiksaan: Aneka Pilihan
Bahagian II – 40 soalan
Bentuk Peperiksaan : Aneka Pilihan
6. Masa : Bahagian I - 1 jam
Bahagian II - 1 jam
7. Tahap Kesukaran: Kefahaman dan Aplikasi
8. Rujukan: Calon tidak dibenarkan merujuk bahan-bahan bacaan
semasa peperiksaan
9. Pengecualian: Calon-calon yang telah lulus mana-mana Bahagian adalah
dikecualikan dari mengambil Bahagian tersebut.
10. Keputusan: Lulus/Kandas
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
______________________________________________________________________________________
11. Pemeriksa Dilantik : Pengerusi Panel Penilai
Oleh Tahap Kecekapan (PTK)
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
12. Bahasa (Soalan : Bahasa Malaysia
& Jawapan)
13. Permohonan : Urusetia Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Dikemukakan Kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
14. Pusat Peperiksaan : Urusetia Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Ditetapkan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
15. Kekerapan Peperiksaan : Sekali setahun
16. Tarikh Akhir Mengemukakan: 1 ½ bulan sebelum tarikh
Permohonan peperiksaan
Bahan Rujukan
1. Buku Panduan Pelanggan
1.1 Pengurusan Kes Penderaan Kanak-Kanak
1.2 Proses Permohonan Anak Angkat/Anak Peliharaan
1.3 Prosedur Penubuhan Taman Asukan Kanak-Kanak (TASKA)
1.4 Prosedur Pendaftaran Pusat Jagaan
1.5 Prosedur Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
(Rumah Orang-orang Tua)
1.6 Prosedur Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)
1.7 Prosedur Permohonan Bantuan Alat Tiruan (Alat Sokongan)
1.8 Prosedur Kemasukan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
Orang Kurang Upaya (OKU) Bangi
1.9 Prosedur ke Taman Sinar Harapan (Pusat Pemulihan OKU Akal)
1.10 Prosedur Kemasukan ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK)
1.11 Pengurusan Kes Keganasan Rumahtangga
1.12 Prosedur Permohonan Kutipan Derma
1.13 Prosedur Permohonan Bantuan Kewangan
1.14 Undang-undang Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
______________________________________________________________________________________
6
2. Akta-akta Berkaitan
2.1 Akta Kanak-Kanak 2001
2.2 Akta Pengangkatan 1952
2.3 Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
2.4 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
2.5 Akta Pusat Jagaan 1993
2.6 Akta Orang Papa 1977
2.7 Akta Keganasan Rumahtangga 1994
2.8 Akta Dadah Berbahaya 1952
2.9 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983
3. Peraturan dan Kaedah Berkaitan
3.1 Peraturn-peraturan Perlindungan Kanak-kanak
(Tempat Selamat) 1992
3.2 Peraturan-peraturan Pusat Jagaan 1994
3.3 Old Persons Homes (Management) Rules 1959
3.4 Kaedah-kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-orang Papa 1981 [PU(A)376]
3.5 Peraturan-peraturan Asrama Akhlak 1982
3.6 Arahan-arahan Pusat Pemulihan bagi Orang-orang Cacat Anggota
Cheras, Selangor 1969 (No. 5308)
3.7 Arahan-arahan Pusat Pemulihan Orang-orang Cacat Anggota Cheras,
Selangor (Lembaga Pelawat) 1969 (No. 5309)
3.8 Kaedah-kaedah Bagi Pusat-pusat Pemulihan Cacat Akal 1977
[PUM(A)47]
3.9 Kaedah-kaedah Wokshop Terlindung 1979
3.10 Peraturan Tetap Operasi Pengurusan dan Bantuan Bencana
4. Dasar-dasar/Pelan Tindakan/Konvensyen Berkaitan
4.1 Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
4.2 Dasar Warga Tua Negara
4.3 Dasar Sosial Negara
4.4 Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
4.5 Pelan Tindakan Kanak-kanak Negara
4.6 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
4.7 Dekad Orang Kurang Upaya Asia Pasifik 1993 – 2002
4.8 Biwako Millennium Framework of Action 2003 – 2012
5. Buku-buku Terbitan JKMM Yang Lain
5.1 Laporan Tahunan
5.2 Jurnak Kebajikan
5.3 Berita Kebajikan
5.4 Piagam Pelanggan JKMM
5.5 Kod Etika Pekerja JKMM
Sukatan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27TK2
______________________________________________________________________________________
7
5.6 Panduan Amalan Terbaik dan Aktiviti Membenteras
Gejala Sosial Juvana
5.7 Panduan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
5.8 Risalah-risalah
6. Kod Etika dan Prinsip Kerja Sosial
7. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam – PKPA Bil. 1/91, PKPA Bil. 4/91, PKPA
Bil. 7/91, PKPA Bil. 8/91, PKPA Bil. 10/91, PKPA Bil. 1/92 dan PKPA Bil. 4/92
8. Kaunseling Organisasi: Satu Pengenalan, Jabatan Perkhidmatan Awam, 1998.
9. Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Norma dan Etika Perkhidmatan, Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) 1992.
10. MS ISO 9000.
11. Buku Nilai dan Etika – INTAN Citra Karya.
12. Buku/majalah/jurnal yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
13. Lain-lain penerbitan/majalah/buku yang berkaitan.
CUMA YANG DI ATAS ITU ADALAH LANTIKAN DARIPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SEDANGKAN KAMI PENYELIA DAN PETUGAS PDK ........??? HAHAHAH
LAWAKNYA ...MASA DEPAN PUN GELAP .....
peperiksaan penyelia petugas pdk se malaysia....
dengar khabar peperiksaan bagi penyelia dan petugas akan diadakan tidak beberapa lama lagi menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian maklumat berkenaan tarikh, masa, tempat tidak pula dimaklumkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Begitu juga apa yang perlu dipelajari dan yang akan ditanya dalam peperiksaan juga tidak diterangkan kepada semua penyelia dan petugas . Jadi ibarat anda perlulah belajar di dalam gelap gelita ...nasiblah tidak diketahui apa akan ditenya kelak....
Bukankah ini menganiaya nampaknya... nasib nasib pandai kamulah ye....
Masa semakin menghampiri ...jadi pandai-pandailah kalian sekelian ...apa yang perlu dipelajari dan sebagainya....
Oh satu lagi perlu diingati yang kita ni hanyalah tahap Sijil Pelajaran Malaysia je dan tahap ilmu dalam pemulihan serta pengajaran pendidikan pemulihan bukanlah tinggi ya...Ha yang ni pihak JKM perlulah sedari ya... Jangan pula soalan-soalan yang melangkui tahap minda mereka ataupun tahap ilmu mereka dikeluarkan ...mati tak terjawab mereka...lagipun mereka bukannya nak mengejar DG41..... tak gitu?
fikir-fikirkanlah ye
Subscribe to:
Posts (Atom)