Tuesday, August 28, 2007

Imbasan Majlis Perjumpaan bersama YG Berhormat Dato Ketua Pengarah JKM

Masihkah rakan pekerja/guru PDk ingat lagi perjumpaan bersama Dato Pengarah JKM di Dewan Besar Taman Sinar Harapan Jubli Johor.... pada 28.6.2007 yang lalu...

Yang Berhormat Dato...kami menghitung hari..... lembu dipegang pada tali dan manusia dipegang pada janji....Jadi pinta kami janganlah memungkiri janji kerana itu sifat orang........ Peganglah pada janji dan paling tidak berilah kami perkhabaran supaya jangan kami ternanti-nanti..... nanti hilang lagi seorang/ mungkin tah berapa orang lagi pekerja/guru PDK demi mencari tempat berteduh..........

Dikhuatiri pegawai PDK alias JKM tidak mengetahuinya almaklumlah ramai pegawai PDk yang bertanggungjawab tidak pula menghadiri majlis tersebut.....

Fikir-fikirkanlah ya Dato....

Tahiah kepada rakan yang telah mendapat pekerjaan tetap!

Tahniah kepada dua orang lagi rakan sekerja yang telah mendapat tawaran jawatan di Kementerian Pendidikan beberapa hari lalu...kini PDK kehilangan lagi seorang guru/pekerja berdedikasi....


Terimbas aku kata-kata daripada seorang jururawat yang datang sebulan sekali kepDk untuk memberi rawatan pemulihan...Katanya" You kerja di PDk tiada masa depan...!"

Terusik juga aku dengan kata-kata tersebut tetapi sebagai seorang yang berfikiran analitik betul juga kata-kata beliau...kerana bekerja di PDK hanyalah sukarela , mendapat upah berbentuk elaun RM 455 bersih sedangkan barang harian dan keperluan semakin meningkat, kemudian jawatan tidak tetap bila-bila masa sahaja boleh berhenti atau diberhentikan....

terfikir jugalah wang kerajaan terpaksa dikeluarkan dalam usaha untuk memberi kami kursus dan pengetahuan dalam penjagaan / pengajaran / alias apa sahaja tentang OKU DAN RUGI SEKIRANYA MEREKA YANG BERPENGALAMAN INI PERGI BEGITU SAHAJA KERANA HENDAK MENCARI POHON BERTEDUH YANG LEBIH MENJAMIN MASA HADAPAN.....

Oleh itu, wahai semua pihak yang bertanggungjawab dalam PDK di seluruh Malaysia tidak kira siapa sahaja berfikirlah dengan rasional ...jangan biarkan mereka yang berpengalaman ini pergi begitu sahaja....rugi sekali.....
Pandang-pandanglah mereka dan jangan hanya pandang sebelah mata sahaja ......

kemasukan ke PDK

Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK?

J. Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

IBu bapa yang berminat untuk memasukkan anak mereka ke PDk perlulah menghubungi pengerusi atau naib pengerusi, berjumpa dengan pekerja/ guru PDK dan memenuhikan borang kemasukan yang berkaitan...
Selepas itu, kemasukan ke PDk akan diuruskan pada keesokkan harinya sekiranya layak dan mendapat persetujuan daripada pengerusi PDk terbabit....

Employment for people with disabilities..check it out

Do you know that...
The following companies provide employment opportunities for people with disabilities:

Royal Selangor International Sdn. Bhd.
HSBC Bank Malaysia Berhad
Jobs vacancies available:

Unomedical Sdn. Bhd.
Advance Micro Division (AMD)
Faratech Malaysia Sdn. Bhd.
Strong Legacy Security Services Sdn. Bhd.
Pilot Construction Sdn. Bhd.
UMW-Toyota Capital Sdn. Bhd.
Magnificent Diagraph Sdn. Bhd.
Sogo (K.L.) Department Store Sdn. Bhd.
Vista Solution Sdn. Bhd.
PLUS
TV9
Synovate Sdn. Bhd.

Please check the Employment Section in the Discussion Forum from time to time to check if the vacancies listed above are still available.


A total of RM22 million has been set aside under the Ninth Malaysia Plan for the purpose of providing financial grants for disabled entrepreneurs who want to expand their businesses. See this news article dated 29th March 2007. Interested individuals can get more information from the following attached PowerPoint document. An application form to apply for this grant is also included below:

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (PowerPoint document 256KB)
Application form (Word document 117KB)

If you require further information, you can contact Pn. Suraya Ch'ng Abdullah 03-8886 5245 or Pn. Wan Arnidawati 03-8886 5214.

CHECK AT http://www.mind.org.my/article-134.html

Peranan dan tanggungjawab pekerja/guru PDk alias Panel Penilai PDK

Baru sahaja selesai beberapa hari yang lalu menghadiri mesyuarat DI JKM tentang Panel Penilai yang katanya akan dibentuk tetapi sudah lebih dua tahun masih lagi tidak dibentuk-bentuk...?

Di samping itu diingatkan telah berpuluhkali tentang peranan dan tanggungjawab pekerja/guru PDk terhadap pelatih sehinggakan kawan aku yang sudah berkhidmat di PDk lebih daripada 10 tahun sudah naik muak mendengarnya....bukan apa asyik yang sama sahaja diingatkan seolah-olah mereka itu sudah nyanyuk dan tidak ingat...padahal mereka boleh membaca buku garis panduan yang diberikan di setiap PDK...

Malangs ekali tidak disentuhpun tentang isu elaun kami yang masih di takuk lama tak juga naik-naik....Apa alasan diberi????

Kawan aku kata... kami hanyalah dijadikan kambing hitam sahaja di PDK....

Pegawai dan pengurus cubalah fikir-fikirkan....betul ke?

p/s: Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain...bukankah begitu?

OKU bukan golongan lemah

Utusan Malaysia, 28 Julai 2006

SARANAN Perdana Menteri supaya kualiti kemahiran golongan orang kurang upaya (OKU) dipertingkatkan amatlah dialu-alukan. Tanpa kita sedari, golongan ini sentiasa terpinggir walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk mengetengahkan mereka dalam masyarakat.

Masih ramai lagi di kalangan kita mempunyai persepsi yang negatif tentang keupayaan dan kemampuan mereka untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara secara amnya.

Saya ingin menyarankan supaya perkataan cacat dan kurang upaya itu sendiri harus digantikan dalam mendefinisikan golongan sebegini.

Adalah dirasakan perkataan golongan istimewa lebih sopan dan sesuai dalam mendiskripsikan mereka ini secara positif. Secara tidak langsung kita dapat memberi mereka keyakinan untuk menempatkan diri dan bergaul dalam masyarakat.

Secara amnya mereka bukanlah golongan yang terlalu lemah hingga membebankan kepada yang menanggungnya. Ketidakupayaan mereka ini dapat di kategorikan kepada dua iaitu kelemahan fizikal dan kelemahan mental.

Mereka yang ada masalah fizikal tidak semestinya dianggap lemah kerana golongan ini masih mampu menggunakan kecerdasan mental dan minda untuk menyumbang dalam kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan.

Syarikat-syarikat besar seperti penggendali lebuh raya harus mengambil lebih ramai golongan ini kerana mereka tidak mempunyai masalah untuk menjadi jurutol yang cekap.

Saya amat menghargai dan terharu dengan beberapa syarikat makanan segera yang perihatin dan mengambil golongan istimewa ini bekerja sebagai pelayan restoran. Usaha ini perlu di perluaskan lagi.

Kerajaan sepatutnya memberi kuota untuk golongan seperti ini untuk menempatkan mereka di sektor pekerjaan awam. Pihak swasta juga harus diberi insentif seperti rebat cukai apabila mengambil golongan istimewa bekerja di syarikat mereka.

Pelaksanaan

Tanpa adanya kuota dan insentif, saya percaya mereka ini kurang diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Sudah lumrah bagi sesetengah masyarakat, tanpa paksaan dan imbuhan, sesuatu pelaksanaan itu kurang berkesan dan mendapat perhatian.

Hospital-hospital swasta juga harus memberi harga rawatan istimewa kepada golongan sedemikian. Setakat ini hanya hospital kerajaan sahaja yang memberi pengecualian rawatan perubatan.

Syarikat insurans juga harus mengenakan premium insurans minimum kepada mereka kerana tidak mampu untuk membayar premium yang tinggi.

Kita harus sedar bahawa mereka ini amat bergantung kepada rawatan untuk hidup secara sempurna. Kekerapan mereka untuk menjalani rawatan mungkin menjadi punca kepada syarikat insurans mengenakan premium yang tinggi.

Kita seharusnya insaf dan sedar bahawa mereka bukan diminta untuk dilahirkan dengan segala kekurangan fizikal atau mental.

Seiring dengan matlamat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, setiap dari kita harus memberi ruang kepada insan-insan istimewa ini menjalani kehidupan tanpa ada unsur prejudis.


– SHUKRI A.M,

Subang Jaya, Selangor.

Saturday, August 18, 2007

BUKU PANDUAN / PERSEDIAAN LATIHAN PEMULIHAN

KOS PHOTOSTAT SEMAKIN NAIK SEDANGKAN ELAUN TIDAK NAIK - NAIK

HELAIAN PERSEDIAAN LATIHAN PEMULIHAN PERLU DIPHOTOSTAT SETIAP HARI....
SUDAHLAH 2 MELIBATKAN WANG LAGI APABILA PERLU DIBINDING??????

ADA TAK CADANGAN MENGURANGKAN KOS PHOTOSTAT DAN MENJIMATKAN DUIT/ELAUN PEKERJA PDK YANG SESAK DAN KRITIKAL NI...??????


PEGAWAI JKM DAN PENGERUSI APA LAGI FIKIR- FIKIRKANLAH YE????????

LAGU 2: GOYANG GOYANG

ATAS BAWAH
GOYANG GOYANG
KIRI KANAN
GOYANG GOYANG
DEPAN BELAKANG
GOYANG GOYANG
MARI SEMUA
GOYANG GOYANG

DISEDIAKAN OLEH: PEKERJA PDK ???????

CUBA TEKA?????

KOLEKSI LAGU 1: JAM BERBUNYI

TIK TIK TIK TIK PUKUL BERAPA
TIK TIK TIK TIK SUDAH SEDIA
TIK TIK TIK CEPAT KE SANA
CEPAT CEPAT CEPAT CEPAT
JANGAN TERLAMBAT....


DISEDIAKAN OLEH: PEKERJA PDK NEGERI .......

CONTOH KEMAHIRAN URUS DIRI

NAMA: ........
UMUR: ......
JENIS KECACATAN; .........
PENGETAHUAN SEDIA ADA: .........
ASPEK DINILAI/DIAJAR: ............
OBJEKTIF: .............
BAHAN MENGAJAR: ............
CARA MENGAJAR: .............
JANGKA MASA: ..............
GANJARAN SEKIRANYA BUAT TUGASAN: .......................


DISEDIAKAN OLEH: PEKERJA PDK

SEMINAR PANEL PENILAI PDK

Akan diadakan seminar di atas pada 21.8.2007 ni....

Pengerusi dan Ahli jawatankuasa (AJK) PDK dijemput hadir untuk menghadiri seminar tersebut.....

Hari: Selasa

Masa : 8 pagi - 5 petang

Tempat: HOTEL EQUITORIAL
sila hubungi pegawai JKM (HANYA UNTUK NEGERI MELAKA )

P/S : PEKERJA PDK TIDAK DIJEMPUTKAH MENGHADIRI SEMINAR TERSEBUT...?????????
MAKLUM SIAPALAH KAMI NI............