Wednesday, May 30, 2012

Teori Pelbagai kecerdasan

Teori Pelbagai kecerdasan
Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Jenis-jenis kecerdasan
Kinestetik Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Interpersonal Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. Logik-Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Muzik Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam patern, membezakan antara bunyi dan cipta muzik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan Visual-Ruang Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. Naturalis Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. Faedah Teori pelbagai kecerdasan Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara Mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan Melalui pemikiran sebegini, kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid

PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA:PEMULIHAN PENGAYAAN DAN KEPERLUAN KHAS

????????????????????? Bagaimanakah cara anda mengajar atau pemulihan kepada anak-anak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti? adakah anda melakukan secara 1. chalk anda talk? macam cikgu2 dulu mengajar anda di sekolah 2. berasaskan kepada pemulihan dalam kumpulan 3. berasaskan kepada pemulihan seorang demi seorang Anda perlulah tahu bahawa kanak2 OKU di PDK ada pelbagai jenis daripada a. Attention defisit disorder b. hyper active c. masalah autisme d. masalah slow learner e. down ayndrome f. masalah otak kecil g. masalah otak besar h. masalah fizikal/anggota i. masalah pelbagai bercampur aduk 2/3 masalah umur yang berlainan kecacatan yang berlainan kehendak berbeza.... Adakah di pdk anda kelas anda ditemani oleh ibu/bapa/ penjaga? setiap tempat / pdk dengan penyelia dan kehendak berbeza.... jadi bagaimanakah supaya tidak timbul percanggahan di antara kanak2 OKU, ibu bapa, AJK , petugas, penyelia, JKM, Bakti???? Oh itu ada perlulah berfikiran profesional dan matang... gunakanlah kaedah yang sesuai.... Untuk makluman silalah baca maklumat di bawah ini ...K/ PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA PEMULIHAN, PENGAYAAN, PELBAGAI KECERDASAN DAN BERKEPERLUAN KHAS PEMULIHAN - - Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 ‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. - Menurut Pringle (1966) ‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. -Menurut Kamus Dewan , pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. •Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. PENGAYAAN Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah Faktor-faktor masalah pembelajaran Faktor peribadi Faktor kurang kecerdasan Faktor fizikal Faktor psikologi Kurikulum di sekolah tidak sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai diterima oleh pelajar. Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat . Faktor peribadi keadaan ekonomi keluarga : kerja rumah menjaga adik-adik membuat kerja sambilan masalah sosial segan dan malu Faktor kurang kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental Ciri-ciri: lebih lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan Faktor fizikal Kekurangan makanan yang berzat akan merosakkan kesihatan pelajar:cepat berasa letih, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya Kekurangan tenaga dan semangat kurang sihat :mengambil cuti sakit Masalah kecacatan fizikal Peranan guru kelas biasa dalam pelaksanaan pemulihan mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran menyediakan bahan dalam sesi pemulihan menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya Langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Mengenal Pasti murid 2 Penganalisian masalah 3 Perancangan dan penyediaan bahan 4 Pengajaran dan pembelajaran 5 Ujian dan penilaian 6 Tindakan susulan Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi lebih mudah berperasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri Langkah-langkah proses pengelolaan sesi pemulihan kelas 1 Pengajaran guru 2 Pembelajaran murid 3 Latihan lisan/ bertulis 4 Ujian dan penilaian Strategi pengajaran- pembelajaran pemulihan Boleh dibahagikan kepada 2 strategi:
a Secara kumpulan
b Secara individu Konsep pengayaan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu Objektif-objektif pengayaan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Contoh-contoh Aktiviti Pengayaan Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada:  bacaan (membaca)  tulisan (menulis)  kiraan (mengira) Aktiviti Pengayaan Bacaan (Membaca) Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan, pantun, teka-teki, dialog, cerita dan berita. Aktiviti Pengayaan Tulisan (Menulis) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik. Aktiviti Pengayaan Matematik (Mengira) 1. Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. 2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi. 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang. Penyediaan Bahan Aktiviti Pengayaan 1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan. 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan Kumpulan cerdas .................. pengayaan Kumpulan sederhana ................pengayaan Kumpulan lambat ...................pemulihan PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS Definisi Kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mental. Program yang ditawarkan kepada pelajar berkeperluan khas adalah program inklusif iaitu pelajar berkeperluan khas belajar bersama murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status Barirah (1995) menyatakan 4 objektif pendidikan inklusif: i) Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. ii) Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan iii) Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid khas setanding dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. iv) Untuk mengelak daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. RUJUKAN Dr. Ragbir, (2009). “Panduan Ulangkaji ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ( KPLI )”. Kumpulan Budiman,Kuala Lumpur. Mok Soon Sang, ( 2003 ). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi ). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya. Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1997 ), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur http://www.moe.gov.my http://drragbirnet MUHAMMAD FARHAN BIN ISHAK - DB100343 NORZULINAH BINTI ZOLKEFLI - DB100332 MASDIANA BINTI AHMAD KAMIL - DB100933 NORMALA BINTI ABU TALIB - DB100027 NOR HAZEAN BINTI ISMAIL - DB100066 ZAIFIRUS SINAR SURIATI BINTI MAHMUD - DB100334 NAZARUDIN BIN ALI - DB100331 LIM AI PING - DB100509 LAM JIUN MEE - DB100553 YAP KIEN HUI - DB100554 sekian , terima kasih kerana berkongsi info bersama kami .....

Cadangan buat Pdk dan JKM. Fikirkanlah demi pembangunan bersama..... ??????

Cadangan buat Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti 1. Petugas - petugas PDK acapkali disuruh oleh ???????+++++ untuk membuat kajian kes bagi kes kajisemula OKU . Mereka akan diminta mencari alamat OKU, menemuramah klien OKU tersebut . Kemudian menggula-gulakan pekerja pdk untuk diberikan elaun mileage....tapi malang sekali seringkali pekerja pdk tidak diberikan elaun mileage. Pertanyaan yang ingin dipaparkan di sini. Adakah itu termasuk dalam tugasan pekerjapdk ataupun ingin memudahkan pekerjaan pihak atasan lalu dipasskan kepada pekerja pdk.... cadangan agar pekerja pdk tidak diberikan tugasan tersebut kerana hakikinya pekerja pdk perlu membuat tugasan mengajar dan pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pdk.Jika pemulihan mereka tidak nampak , petugas pdk juga yang dipersalahkan sedangkan mereka dibebani dengan tugasan-tugasan lain misalannya perkeranian dan sebagainya.... banyak tuuuu jika nak disenaraikan.....
2. Jawatan Penyelia di pusat pemulihan dalam komuniti dibubarkan. Namun demikian elaun mereka tetap diberikan kepada mereka sebanyak RM 1200 cuma yang ingin dibuat perubahan ialah setiap pekerja/petugas pdk yang telah berkhidmat melebihi 5 tahun diberikan elaun sebanyak RM 1200 sama seperti penyelia pdk. Namun mereka dikehendaki untuk menjadi fasilitator kepada petugas baru dalam membuat pemulihan kepada kanak-kanak OKU di pusat pemulihan dalam komuniti. 3. Cadangan agar cuti akhir tahun diberikan selama 2 bulan kepada pelatih-pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti setara seperti di sekolah, pendidikan khas, tadika dan pusat pemulihan yang lain. Ini secara tidak langsung mereka dapat berehat kerana bebanan pemulihan pembelajaran melebihi orang normal pula. Hubungan di antara ahli keluarga akan lebih rapat apabila mereka bersama2 keluar beriadah atau melancung ke negeri lain. Selalunya apabila cuti sekolah pelatih di pdk pun tidak ingin ke pdk kerana mereka berpendapat cuti apabila melihat kakak dan adik mereka cuti tidak ke sekolah. Selama ini pun mereka menganggap yang pdk itu ialah sekolah mereka dan kami petugas pdk dipanggil sebagai cikgu bukannya penyelia ataupun petugas. Pelikkan jika tugas utama mengajar, memberi pendidikan dan pemulihan dipanggil sebagai petugas. Jika begitu bagaimana pula dengan di pendidikan khas ? apa gelaran mereka gunakan? Jangan kita memalukan diri sendiri dengan kekurangan istilah bahasa Melayu? tak gitu?
4. Jawatan petugas pdk diserapkan dalam perkhidmatan perjawatan tetap. Ini secara tidak langsung akan memberi suntikan kepada mereka untuk lebih komited dalam perkhidmatan dan memberikan perkhidmatan lebih baik. KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat. Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad. Ini petikan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menyerapkan Guru sandaran tidak terlatih dalam perkhidmatan tetap. bagaimana pula tindakan Jabatan kebajikan Masyarakat. jangan hanya kerana pelbagai alasan tidak munasabah pula diberikan misalannya oh kamu tu sukarela... oh kamu tu di bawah komuniti. Tolonglah berfikiran profesional. Ini untuk mengelakkan tenaga berwibawa hilang kerana mencari kerja lain. Bahkan disarankan jika boleh semua pekerja kontrak di bawah kementerian / komuniti atau gaji/elaun mereka diberikan oleh kementerian/jabatan agar diserapkan dalam perkhidmatan tetap bukannya berstatus kontrak. 5. Petugas petugas pdk disarankan agar diberikan kursus yang menjurus ke arah profesional . Ini adalah ilmu yang dimiliki oleh mereka adalah di peringkat sijil penyertaaan sahaja dan di peringkat asas. Jadi bagaimanalah mereka akan nampak lebih profesional sedangkan ilmu hanya tiris sahaja. 6. Kursus yang menjurus ke arah pemulihan dan pendidikan kanak-kanak OKU ini diminta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bakti agar diberikan kepada sasaran utama mereka iaitu petugas bukannya penyelia .Ilmu yang disampaikan terus kepada sasaran akan lebih bermanafaat daripada ilmu yang disampaikan kepada orang kedua dan seterusnya orang ketiga. akhirnya jadilah seperti telefon karat.
7. Elaun pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti dinaikkan daripada RM 150 kepada tahap yang berpatutan . Ini adalah kerana elaun diperolehi mereka / pelatih OKU ini dibeza-bezakan antara pelatih OKU yang terlantar, tidak terlantar, tidak boleh bekerja, boleh bekerja. Jadi jika boleh pihak JKM perlulah mewujudkan satu mekanisme yang adil supaya tidak timbul perasaan irihati di kalangan ibubapa pelatih pelatih di pusat pemulihan dalam komuniti seluruh Malaysia.
8. Bagi menjaga kualiti pendidikan dan pemulihan OKU perlulah diwujudkan mekanisma bagi menjaga kualiti pendidikan pemulihan OKU. Perlulah diwujudkan ketua panitia / ketua bidang setiap bidang pemulihan. Peluang perlulah diberikan kepada mereka yang telah lebih berkhidmat melebihi 5 tahun dengan didasari dengan ilmu pendidikan. Maksudnya lebih baik jika mereka ada pengalaman sebagai guru pendidikan khas atau guru sandaran. Jika perlu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bakti , PDK bekerjasama bersama kementerian pendidikan/kesihatan dan sebagainya perlulah dibuat. Ini sudah tahun 2012 dan tahun hadapan 2013 tetapi kualiti masih lagi sedih dibincangkan.
9. Jawatan job coach di pdk perlulah diwujudkan bagi memberi peluang kepada petugas pdk untuk mengenjak ke hadapan. Elaun mereka ini perlulah diupkan sedikit dengan mileage.
10 . Oh ye satu lagi setiap petugas pdk perlulah diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Jika mereka bawa kereta berilah elaun sesuai dan jika bawa motosikal biarlah berpadanan. Namun demikian malang sekali di setengah-setengah pdk , petugas tidak diberikan elaun mileage untuk membuat lawatan ke rumah. Lagipun jika nak diisikan air tidak berjalan pula kereta malahan bertambah rosak pula.... ha fikir-fikirkanlah ye....
11. Seharusnyalah dielakkan pertindanan dalam menerima elaun sama ada daripada JKM ataupun PDK . Oleh itu haruslah dielakkan daripada berlaku pertindanan tersebut . Aduan perlulah disemak dengan teliti dan bukan hanya menerima sahaja bulat2 aduan tersebut tanpa dilakukan siasatan terperinci dan adil. Fikir-fikirkanlah. kesimpulannya itu hanyalah cadangan daripada saya sahaja. Yang baik bolehlah diambil demi memajukan lagi pdk dan yang tidak baik bolehlah dibakulsampahkan . Tidak dipaksa menerima idea tersebut. Namun demi mengelakkan pekerja yang baik terlepas perlulah dibuat sesuatu akan sumber tenaga manusia ini. PDK penting kerana diibaratkan sebagai perantaraan kepada OKU yang hendak ke sekolah dan dalam perantaraan untuk bekerja. Tak gitu? Yang baik daripada Allah dan yang buruk hanya daripada manusia sesungguhnya kita manusia yang lemah ..... Wabillah hi taufik wal hidayah...........