Friday, October 24, 2008

KAKITANGAN KONTRAK DIMINTA SEMAK TERMA LANTIKAN KERJA

Kakitangan kontrak diminta semak terma lantikan kerja

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak diminta menyemak semula terma dan syarat pelantikan sebelum menyalahkan mana-mana pihak sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, golongan kakitangan awam berkenaan perlu mempunyai persediaan sejak dari awal bahawa perkhidmatan mereka mungkin tidak diperlukan lagi bila-bila masa.

''Mereka tidak boleh andaikan bahawa kontrak kerja yang diperoleh itu membolehkan mereka berkhidmat dengan kerajaan untuk selama-lamanya sebaliknya perlu memahami ia hanya sah untuk tempoh tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman hari ini dilaporkan Bernama sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.

Menurut Omar, golongan tersebut ialah kakitangan yang kontrak disambung dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar menambah, CUEPACS tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan itu.

Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa kekangan kewangan menjadi salah satu punca kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak tidak disambung kontrak mereka.

''Bagaimanapun, kita harus faham bahawa golongan kakitangan awam berkenaan bekerja dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

''Organisasi-organisasi yang berbeza mempunyai sebab tersendiri kenapa kontrak seseorang pekerja tidak disambung malah kakitangan awam tetap juga boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu,'' jelasnya.

Menurut beliau, pihaknya akan membantu kakitangan awam yang terbabit untuk mendapatkan kerja baru melalui bantuan daripada Kementerian Sumber Manusia.

''Selain itu, kami akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada kakitangan awam terlibat jika perkhidmatan mereka ditamatkan sebelum tempoh kontrak tamat,'' ujarnya.

50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan ..... PRO DAN KONTRA ...

INI ADALAH HASIL CADANGAN DAN PENELITIAN ATAS TINDAKAN MEMBERHENTIKAN KERJA 50,000 PEKERJA KONTRAK KHIDMAT KERAJAAN:

PRO (KEBAIKAN)
1)

MENJIMATKAN PERBELANJAAN KERAJAAN
DALAM MEMBAYAR GAJI KEPADA PEKERJA KONTRAK TERSEBUT...
PERBELANJAAN KERAJAAN YANG DEFISIT DALAM BAJET 2009 BERBANDING 2008 DAPAT DIATASI.

2)SENANG UNTUK MENTADBIR SEKIRANYA BILANGAN KAKITANGAN BERKURANGAN

3) PEKERJA KONTRAK YANG TIDAK BERWIBAWA DAPAT DIKELUARKAN DAN IMEJ JABATAN SEMAKIN MENINGKAT

KONTRA (KEBURUKAN):

1) PENGURUSAN PENTADBIRAN SEMAKIN BERTAMBAH KERANA SELAMA INI TUGAS YANG DILAKUKAN DAN DIPPERLUKAN OLEH JABATAN TIDAK ADA SIAPA YANG BUAT.

2) IMEJ JABATAN SEMAKIN TERCEMAR APABILA KERJA SEMAKIN BERTAMBAH MASA DAN TIDAK DAPAT DIURUSKAN DENGAN CEKAP

3) BELANJA MENGURUS TETAP BERTAMBAH WALAUPUN DAPAT DIKURANGKAN SEDIKIT SAHAJA TETAPI BELANJA TAMBAHAN YANG LAIN SEPERTI BIL AIR, ELEKRTIK, AKTIVITI, PEMBELIAN BARANG PEJABAT, ELAUN MILEAGE KEPADA PEGAWAI TIDAK DAPAT DIKURANGKAN

4) SOKONGAN KEPADA KERAJAAN AKAN BERKURANGAN TERUTAMA DIKHUATIRI DALAM PENGUNDIAN AKAN DATANG APABILA BAYANGKAN UNDIAN 50,000 SUDAH HILANG....
JADI FIKIR-FIKIRKAN LE

5) ADA DI KALANGAN PEGAWAI TETAP YANG TIDAK MEMBUAT KERJA DAN PRESTASI BURUK DATANG LEWAT DSB MALAHAN TUGAS MEREKA DISERAHKAN KEPADA PEKERJA KONTRAK ... JADI MAHUKAH KALIAN HILANG PEKERJA YANG BERWIBAWA WALAUPUN BERTARAF KONTRAK?

6) SEPATUTNYA PEKERJA ASING SAHAJA YANG DIBOLEHKAN MENDAPAT TARAF KONTRAK KERANA MEREKA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA TETAPI TERBALIK PULA APABILA WARGANEGARA MALAYSIA DILAHIRKAN DI MALAYSIA, BELAJAR DI MALAYSIA, BERKAHWIN DI MALAYSIA DAN MENINGGAL PUN DI MALAYSOA BERKERJA DAPAT TARAF KONTRAK .... SEDANGKAN PEKERJA ASING (BANGLADESH, VIETNAM, INDONESIA) BILA BEKERJA DI MALAYSIA DAPAT PULA PEKERJAAN TETAP DAN BOLEH BUKA PERNIAGAAN DI MALAYSIA ( RESTORAN) SHOPPING....

7) JABATAN MEMPUNYAI TAMBAHAN DALAM TUGASAN SEBAB ITULAH MEREKA MEMERLUKAN TAMBAHAN TENAGA PEKERJA.... JADI TIDAK LOGIK SEKIRANYA MEMBUANG MEREKA HANYA KERANA MEREKA BERTARAF KONTRAK

8) SUKAR UNTUK MENGAJAR BIDANG TUGAS KEPADA PEKERJA BARU BERBANDING MEREKA YANG TELAH MAHIR DALAM BIDANG ITU

9) BILANGAN KES KEMISKINAN DAN PENGANGGURAN SEMAKIN MENINGKAT.... HARAPAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN PADA 2010 SUKAR DICAPAI ANDA KATA BERTAMBAH LAGI PENGANGGURAN .

10) KES SOSIAL MISALNYA PENCURIAN , PEMBUNUHAN DSB SEMAKIN MENINGKAT KERANA DESAKAN KEWANGAN DAN TIADA PEKERJAAN SEDANGKAN TERPAKSA MENCARI WANG UNTUK MEMBERI MAKAN ANAK DAN ISTERI . JADI JANGANLAH TINDAKAN KITA INI AKAN MEMBUATKAN KITA MENJADI MAKHLUK TUHAN YANG SUDAH MATI NILAI KEMANUSIAANNYA.... FIKIR-FIKIRKANLAH


JIKA DIBANDINGKAN KEBAIKAN ADA 3 DAN KEBURUKAN JIKA DIBUANG PEKERJA KONTRAK INI ADA 10 = KEPUTUSANNYA PERBEZAAN 7 JADI FIKIR-FIKIRKANLAH

SARANAN SAYA:

1) KERAJAAN SEHARUSNYA BIJAK DALAM MENANGANI PENGURUSAN KEWANGAN DALAM SETIAP JABATAN DAN 2 JUGA ADALAH TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN AGAR TIDAK BOROS DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEBAB BANYAK PERKARA YANG PEKERJA KONTRAK TIDAK DAPAT BERBANDING PEKERJA TETAP TETAPI KHIDMAT MEREKA ADALAH CEMERLANG.....

2) AKTIVITI YANG MELIBATKAN BANYAK KEWANGAN PERLU DIJIMATKAN... DARI SEGI PENGGUNAAN KERTAS, DAN SEBAGAINYA...

3) FIKIRLAH SEWAJARNYA ADAKAH BERBALOI TINDAKAN RETRENCH MEREKA ATAU MEMBUANG MEREKA SETELAH MEREKA BERKHIDMAT LEBIH DARIPADA 3 TAHUN DSB ... BAGAIMANA PULA BEBANAN TUGAS YANG SEMAKIN BERTAMBAH JIKA MEREKA TIADA...?

4) MEREKA YANG KONTRAK INI ADA YANG BERKHIDMAT LAMA DAN UMUR MEREKA TELAH MENINGKAT... JADI SUDAH TENTU SUKAR BAGI MEREKA UNTUK MENCARI PEKERJAAN.... BAGI YANG TELAH BERUMAHTANGGA SIAPA YANG HENDAK MEMBERI ANAK ISTERI MEREKA MAKAN....
DARI ASPEK KEMANUSIAAN TINDAKAN MEM BUANG MEREKA KERJA ADALAH TIDAK BETUL

5) BILANGAN KES KEMISKINAN DAN PENGANGGURAN SEMAKIN MENINGKAT.... HARAPAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN PADA 2010 SUKAR DICAPAI ANDA KATA BERTAMBAH LAGI PENGANGGURAN .

6) TINDAKAN YANG DIBUAT MESTI ADA RISIKONYA.... BAIK DARI SEGI PANDANGAN WARGANEGARA MALAYSIA, PANDANGAN NEGARA LUAR DAN PANDANGAN ALLAH TERHADAP TINDAKAN YANG KITA BUAT...
JADI MAHUKAH KALIAN WAHAI PEMIMPIN SEKELIAN SAMA ADA DI PERINGKAT JABATAN ATAUPUN NEGARA MEMPUNYAI HATI YANG DAH MATI ... MEMPUNYAI MATA TETAPI DAH BUTA.... TIDAK MEMPUNYAI PERTIMBANGAN DLL....

FIKIR-FIKIRLANLAH YE .............


SARANAN UTAMA SAYA UNTUK MENGHARGAI JASA MEREKA ..... KERAJAAN SEHARUSNYA MENYERAPKAN MEREKA KE JAWATAN TETAP ......JIKA KEWANGAN KENDALA UTAMA SERAPKAN MEREKA KE JAWATAN TETAP TETAPI GAJI YANG DIBERI KEPADA ADALAH GAJI YANG MAMPU DUBAYAR OLEH PIHAK KERAJAAN ...TAK ADALAH DIKATAKAN NANTI BELAJAR DI MALAYSIA, LAHIR DI MALAYSIA, BERKAHWIN DI MALAYSIA DAN MATI PUN DI BUMI INI.... TETAPI BEKERJA MACAM PENDATANG DENGAN IZIN ATAUPUN TANPA IZIN....

TAK ADALAH PATI CAKAP OH U DAN KAMI SAMA SAJA....


SEPATUTNYA RAKYAT MALAYSIA PERLU DIBERIKAN KELEBIHAN BUKAN DIANAKTIRIKAN .....MEREKA PERLU BEKERJA TETAP BUKAN BEKERJA KONTRAK.... TIDAK ADA LAGI PEKERJA KONTRAK WARGANEGARA MALAYSIA ..... DAHULUPUN SEMASA KEMERDEKAAN ERA 80 AN TIDAK ADA PUN PEKERJA KONTRAK WARGANEGARA MALAYSIA....

FIKIR-FIKIRKANLAH MEREKA INILAH YANG MENGUNDI KALIAN WAHAI PEMIMPIN NEGARA...

DAN INGATLAH WAHAI KALIAN.....
KERANA HANYA ORANG MELAYU YANG BERTUNJANGKAN AKAR MELAYU BERKORBAN UNTUK NEGARANYA BUKANNYA MEREKA (WARGANEGARA MALAYSIA) DIKORBANKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA SENDIRI DIPANGKAH OLEH MEREKA (50,000) ORANG ITU DALAM UNDI ....

RAKYAT (50,000) AKAN MEMBENCI KERAJAAN DAN PELBAGAI PERKARA BURUK BOLEH BERLAKU MACAM DILAKUKAN OLEH HINDRAF DAN SEBAGAI HASIL TINDAKAN MARAH, BENCI , GERAM DAN PELBAGAI PERKARA NEGATIF

FIKIR-FIKIRKANLAH BAIK-BAIK YE KERANA SETIAP TINDAKAN AKAN ADA BAIK DAN BURUK DAN RISIKONYA PERLULAH DIFIKIRKAN.....


SAYA TIDAK BERPIHAK KEPADA MANA-MANA TETAPI INI ADALAH HASIL ANALISIS DAN ANALITIK HASIL TINDAKAN YANG AKAN BERLAKU KELAK JIKA TINDAKAN MEMBUANG 50,000 PEKERJA KONTRAK DILAKSANAKAN....

Wednesday, October 15, 2008

keluhan hati pekerja kontrak....... nasib nasib kerja tetapi tidak dipandang .............

haizaiza
aku ada penglmn kerja as a pegawai khidmat singkat (PKS)
dekat one of the goment department......aku bertahan jadi PKS almost 1 1/2 tahun
akunyer kontrak kena renew setiap 6 bulan
mulanya ingtkan berterusan lah...at last depa kata tak nak renew kontrk kitaorg
mcm hampeh...officer kat situ pun mcm tak amik peduli pasal kami semua ni
bila depa nk guna khidmat kita...depa kerah mcm kita ni kuli..langsung tak ingt jasa kami semua
tp bila nk renew kontrak masing2 buat tak tahu..suruh kita yg follow up dgn pentdbiran
tp kalau tak dpt sokongan dr officer susah gak..nmpk sgt kita yg terhegeh2
dr segi kerja usah cerita terasa sgt kita ni ditindas...bab kalau meeting or kerja yg libtkn naik flight
@ jauh cth sabah n sarawak depa rebut2 nk pergi...pd hal depa tak terlibat pun
tp bila budak PKS yg dpt pegi bising..kt kita tak patut pegi sebab kontrak
byk lagi yg aku dok mkn hati kat sana...alhamdulillah la ni aku dh kerja
tp bukannya goment ...swasta..walaupun gj ciput aku bahagia.....dh tak sakit jiwa mcm dulu

NASIB LA BADAN .......

nasib nasib dah le tak ada telefon ..... kena duit poket sendiri untuk guna kontak pelatih dan tanya tg sesuatu....

kalau diberi RM 1036 dan duit guna untuk tel ... kan ke nyanya dibuatnya.

akhirnya tinggal zero zero zero zero zero zero zero

SATU LAGI SEJAK DAH JADI PENYELIA NI BUIT LAGI MELARAH KELUAR MACAM DAUN GUGUR.... APA TAKNYA KENA GUNA DUIT POKET SENDIRI UNTUK BUAT AKTIVITI SEBAB WANG PDK DAH zero zero zero zero zero zero zero

DAH LE KENA JADI PENGEMIS MINTA PADA ORANG RAMAI UTK BUAT AKTIVITI DAN PENGERUSI PULA BUAT DEK AJE MACAM PATUNG.........

MASA DI PDK DULU TAK LE JADI PENGEMIS..... BILA NAK BUAT SESUATU AKTIVITI CAKAP JE SENANG DAPAT ........ TAPI KAWAN AKU YANG JADI PENYELIA DI PDK 2 PULA MENYELEWENG WANG..... INI DIBAGITAHU OLEH PENGURUS PDK LAMA AKU DULU..... SETAKAT MENGADU TAPI TAK ADA TINDAKAN TAK GUNA JUGA KAN??????


WAHAI PENGERUSI JANGANLAH JADI PATUNG.... KAMU BUKAN KENA SUMPAH SANG GEDEMBAI.... SAMPAI JADI BATU DAN TAK JADI MANUSIA .....


FIKIR-FIKIRKAN LE KEADAAN PERSEKITARAN KAMU 2

Friday, October 10, 2008

draf akta OKU

View Full Version: Bila boleh diluluskan?
persugo >>Draf Akta OKU >>Bila boleh diluluskan?




persugo- 02-25-2007
Bila boleh diluluskan?
PENGENALAN BAB 1 PENDAHULUAN BAB II PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN BAHAGIAN 3. PEKERJAAN BAHAGIAN 4. PEMULIHAN BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL BAB III PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN BAB IV SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA. BAB V KESALAHAN. AKTA ORANG CACAT 2002 Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002 PENGENALAN Suatu akta untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan. Matlamat Akta ini adalah: (i)untuk memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain ii) untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup (iii) Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berkhak di negara ini. BAB 1 PENDAHULUAN 1. Judul ringkas dan pendahuluan Akta ini boleh dirujuk sebagai Akta Bagi Orang Kurang Upaya, 2002. 2. Definisi "Kurang upaya" bererti penghalangan atau kekurangan upaya , disebabkan kecacatan , untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa. "Penyamaan peluang" bererti proses di mana sistem masyarakat dan persekitaran , umpamanya perkhidmatan, aktiviti, maklumat dan dokumentasi, disediakan kepada semua, terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya. "Kecacatan" bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan. "Kecacatan" (handicap) bererti kesulitan bagi seorang individu, disebabkan kerosakan atau kecacacatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan bagi individu tersebut. "Menteri" bererti Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. "Pemulihan" adalah proses yang bertujuan membolehkan orang kurang upaya mencapai dan mengekalkan tahap optima fungsi fizikal, kederiaan, intektual, kejiwaan dan/atau sosia1 mereka, dan dengan itu melengkapkan mereka dengan peralatan untuk meningkatkan kehidupan mereka kepada tahap berdikari yang lebih tinggi. Pemulihan juga boleh merangkumi langkah untuk memberi dan/atau memulihkan fungsi, atau menampung kehilangan atau ketiadaan sesuatu fungsi atau pembatasan fungsi. "Pihak berkuasa berkenaan" bermakna mana-mana Kementerian, atau Jabatan kerajaan persekutuan Malaysia, sebuah badan berkuasa di bawah kerajaan negeri atau tempatan yang bertanggungjawab atas pekara tersebut pada waktu berkenaan. BAB II PENYAMAAN PELUANG DAN PENYERTAAN PENUH BAHAGIAN I. PENCEGAHAN DAN PENGENALPASTIAN AWAL KECACATAN 1. Berdasarkan kemampuan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan, dengan tujuan mencegah berlakunya kecacatan, akan : (a) melaksanakan atau menyebabkan terlaksananya banci, penyiasatan dan penyelidikan mengenai punca berlakunya kecacatan; (b) menggalakkan beberapa cara untuk mengelakkan kecacatan; (c) memastikan bahawa kesemua kakitangan kesihatan di pusat rawatan utama mempunyai latihan serta kelangkapan yang secukupnya untuk memberi rawatan kesihatan kepada orang kurang upaya dan memastikan bahwa mereka ada akses kepada kaedah ratan dan teknolgi yang bersesuaian; (d) mengambil langkah yang diperlukan bagi rawatan dan penjagaan bagi ibu dan anak sebelum serta selepas kelahiran anak. (e) mewujudkan kesedaran mengenai punca kecacatan serta langkah pencegahan yang perlu diambil, melalui media massa televisyen, radio dan massa media lain. 2. Berdasarkan had lingkungan ekonomi dan pembangunan, pihak berkuasa berkenaan harus memasatikan bahawa orang kurang upaya menerima rawatan berkala serta ubatan yang diperlukan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap fungsi mereka. BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN 1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan belas tahun. 2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah. 3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa. Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah biasa, pihak berkenaan harus - (a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkaat sekolah dan masyarakat umum; (b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi; (c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong. 4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi kepada mereka yang bukan cacat. 5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan perkhidmatan sokongan. (1) Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada, latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel, orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan. Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi, mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel, alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan, kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah) (2) Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat, otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti diperlukan. Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di sekolah biasa. (3) Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan. (4) Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran penjagaan diri. (5) Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat. 6. Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan, alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak kurang upaya. 7. Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya. 8. Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi: pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di sekolah; · kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya mereka menghadiri sekolah; · memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya; · biasiswa bagi pelajar kurang upaya; · mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah. BAHAGIAN 3. PEKERJAAN 1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan pjoect untuk menggalakkan penggajian orang kurang upaya, dengan: · mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk orang kurang upaya · langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza. · menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja · menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat; · kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta kecurigaan terhadap orang kurang upaya · langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkan kecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja. 2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan peluang pekjaan bagi orang kurang upaya: · sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang upaya · sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang upaya · insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan; · Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya: · bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya; · pinjaman bagi modal; · tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya; · kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya; · agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya. BAHAGIAN 4. PEMULIHAN 1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang. 2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan. 3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya, termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai. BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI 1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang kurang upaya. 2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak swasta. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta temapat lain yang berkaitan. 4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan. 5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel, perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang cacat pendengaran. 6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain, perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus diadakan. 7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya. 8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila, (a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam persekitaran; (b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah diakses; BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN 1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar kerajaan. Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran awam dan untuk menggalakkan perubahan. 2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan eonomi mereka. 3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya. 4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya. 5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya, perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai. BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL 1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan. 2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan. 3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian. BAB III PERUNTUKAN BERKAITAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN BAHAGIAN 1. INTEPRETASI DISKRIMINASI BERDASARKAN KECATATAN 1. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan yang terkilan tersebut, sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan itu layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi dalam keadaan yang sama atau yang sekan sama adalah kurang memuaskan berbanding dengan layanan yang diberi kepadasesorang yang tidak cacat. 2. Diskriminasi Secara Tidak Langsung Bagi tujuan akta ini, seorang (pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan tersebut, sekiranya pendiskrimasi menghendaki pihak yang terkilan itu memenuhi kehendak atau syarat seperti berikut: (a) dengan mana sebahagian besar orang yang tidak mempunyai kecacatan mematuhi atau boleh mematuhi; (b) yang tidak menasabah berdasarkan keadaan kes tersebut atau, (c) dengan mana pihak yang terkilan tersebut itu tidak atau tidak boleh mengikut. 3. Mereka yang menggunakan alat pemulihan atau alat bantuan. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") mendiskriminasikan terhadap seseorang lain ("pihak yang terkilan") atas sebab kecacatan pihak yang terkilan sekiranya, oleh sebab kecacatan yang terkilan tersebut, layanan atau bakal layanan yng diberi oleh pendiskriminasi adalah kurang memuaskan atas sebab yang terkilan itu diiringi oleh sesorang atau mempunyai: (a) alat pemulihan atau alat bantuan atau, (b) alat tambahan, yang digunakan oleh yang terkilan, atau kerana apa sahaja perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut. 4. Mereka yang diiringi oleh jurubahasa isyarat, pembantu dsb. Bagi tujan akta ini, seorang ("pendiskriminasi") yang mendiskriminasikan seorang kurang upaya ("pihak yang terkilan") sekiranya layanan atau bakal layanan yang diberi oleh pendiskriminasi kepada pihak yang terkilan adalah kurang memuaskan atas sebab pihak yang terkilan tersebut diiringi oleh: (a) seorang jurubahasa, (b) seorang pembaca (c) seorang penjaga (d) seorang pembantu yang memberi perkhidmatan alih bahasa, membaca atau perkhidmatan lain kepada pihak yang terkilan oleh kerana kecacatannya, atau apa jua perkara yang berkaitan dengan fakta tersebut. BAHAGIAN 2. LARANGAN DISKRIMINASI BERDASARKAN KECACATAN 1. Diskriminasi dalam pekerjaan. (1) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dalam urusan yang dilakukan untuk menentukan siapa yang boleh ditawarkan pekerjaan; (b) dalam menentukan siapa yang boleh ditawrkan pekerjaan atau, (c) dalam syarat atau peraturan yang dijadikan dasar bagi penawaran sesuatu pekerjaan. (2) Majikan atau seorang yang mewakili majikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pekerja ats sebab kecacatannya: (a) dalam syarat atau peraturan pekerjaan yang majikan tawarkan kepadanya; (b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang pekerja terhadap kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau sebarang ganjaran yang berkaitan pekerjaan; (c) melalui pembuangan kerja atau, (d) mendedahkan pekerja kepada kerugian lain. 2. Diskriminasi terhadap agen yang berkomisyen (1) seorang prisipal atau orang yang mewakili prisipal tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatan orang tersebut: (a) dalam peraturan yang dibuat untuk menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen; (b) dalam menentukan siapa yang boleh diambil sebagai agen berkomisyen atau, (c) dalam syarat dan peraturan yang mengawasi perlantikan agen berkomisyen. (2) Seorang principal atau seorang yang mewakili principal tidak boleh mendiskriminasi seorang agen berkomisyen atas sebab kecacatan agen tersebut: (a) dalam syarat dan peraturan yang prinsipal memberi kepada agen sebagai agen berkomisyen; (b) dengan tidak memberikan atau menghadkan peluang agen dalam kenaikan pangkat, pertukaran tempat kerja atau latihan, atau apa sahaja keunutngan berkaitan dengan kedudukannya sebagai agen berkomisyen; (c) dengan menamatkan perlantikannya atau, (d) dengan menyebabkan berlakunya kerugian yang lain kepada agen. 3. Perkongsian (1) Mereka yang bercadang menubuhkan perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seseorang lain atas sebab kecacatannya ; (a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau, (b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut. (2) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalam perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya: (a) dalam menentukan siapa yang harus dijemput menjadi rakan kongsi dalm perkongsian tersebut atau, (b) di bawah syarat dan peraturan yang seseorang itu dijemput menjadi rakan kongsi dalam perkongsian tersebut. (3) Seorang atau lebih dari seorang rakan kongsi dalm perkongsian tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan rakan kongsi lain itu: (a) dengan tidak memberi aatu menghadkan peluang rakan kongsi tersebut mendapatkan keuntungan dari menjadi rakan kongsi dalam perkongsian itu; (b) dengan membuang rakan kongsi yang lain itu dari perkongsian, atau (c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian lain pada rakan kongsi tersebut. 4. Badan-Badan Kelayakan (1) Sesebuah badan berkuasa yang diberi kuasa untuk memberi, membaharui, melanjutkan tempoh atau menarik balik kuasa atau kelayakan yang diperlukan, atau yang membantu pengamalan sesuatu profesyen, menjalankan sesuatu perniagaan atau menceburi sesuatu pekerjaan, tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau gagal memberi, membaharui, atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan (b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal pemberian kuasa atau kelayakan atau untuk membaharui atau melanjutkan tempoh kuasa atau kelayakan atau, (c) dengan menarik balik kuasa yang diberikan atau kelayakan atau mengubah syarat dan peraturan yang mengawalnya. 5. Persatuan Berdaftar (1) Sebuah persatuan berdaftar, jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seseorang atasa sebab kecacatannya: (a) dengan tidak mahu menerima atau tidak menerima permohonan keahliannya atau, (b) dalam syarat dan peraturan yang mengawal kemasukan ahli ke dalam persatuan tersebut. (2) Sebuah persatuan berdaftar, atau jawatankuasa yang menguruskan persatuan berdaftar atau ahli jawatankuasa pengurusan persatuan berdaftar tidak boleh mendiskriminasikan seorang ahli persatuan berdaftar atas sebab kecacatan ahli tersebut. (a) dengan tidak memberikan atau menghadkan akses ahli kepada sebarang (b) dengan tidak menawarkan keahlian atau mengubah syarat keahlian atau, (c) dengan menyebabkan berlakunya kerugian kepada ahli tersebut. 6. Pendidikan (1) Pihak berkuasa pendidikan tidak boleh mendiskriminasi seseorang atas sebab kecacatannya: (a) dengan menolak atau tidak menerima permohonan kemasukannya sebagai pelajar, atau (b) di bawah syarat dan peraturan yang mengawal pengambilan pelajar. (2) Sesebuah badan pendidikan tidak boleh mendiskriminasikan seorang pelajar atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses pelajar kepada sebarang manfaat yang disediakan oleh badan berkuasa pendidikan; (b) dengan dibuang sekolah atau, (c) menyebabkab berlakunya sebarang kerugian kepada pelajar (3) Bahagian ini tidak menganggap salah di sisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya di mana sekolah yang ingin dimasuki itu ditubuhkan khusus bagi pelajar yang mempunyai kecacatan tertentu dan ia tidak mempunyai kecacatan tersebut. 7. Akses ke bangunan awam (1) tiada sesiapa harus mendiskriminasi seorang lain atas sebab kecacatannya : (a) dengan tidak membenarkan seorang lain masuk, mengguna mana-mana bangunan atau sebahagian daripada bangunan, di mana orang awam atau sebahagian daripada orang awam berhak atau dibenarkan masuk dan meggunakannya ( sama ada dengan atau tanpa bayaran); (b) di bawah syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu masuk atau mengguna bangunan-bangunan tersebut; (c) berkaitan penyediaan kemudahan akses ke bangunan-bangunan berkenaan; (d) dengan tidak memberi kebenaran kepada seorang lain menggunakan sebarang kemudahan di bangunan-bangunan yang orang awam atau sebahagian daaripada orang awam berhak atau dibenarkan mengguna (dengan atau tanpa bayaran); (e) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu membenarkan seorang lain itu menggunakan sebarang kemudahan atau, (f) dengan meminta seorang lain itu meninggalkan bangunan atau berhenti menggunakan kemudahan berkenaan. 8. Barangan, perkhidmatan dan kemudahan (1) Seseorang, sama ada dengan bayaran atau tanpa bayaran menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kemudahan, tidak boleh mendiskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi kepada seorang lain itu barangan atau perkhidmatan berkenaan atau tidak menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu; (b) dalam syarat dan peraturan orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan kepada seorang lain itu atau menyediakan kemudahan berkenaan bagi seorang lain itu atau, (c) dalam cara orang yang tersebut dahulu memberi barangan atau perkhidmatan berkenaan atau menyediakan kemudahan bagi seorang lain itu. 9. Penginapan (1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan menolak permohonanaya bagi penginapan; (b) dalam syarat atau peraturan tempat penginapan itu ditawarkan kepada seseorang itu atau, (c) dengan menangguhkan permohonan untuk penginapan oleh seseorang itu atau tidak memberi keutamaan dalam senarai permohonan bagi penginapan. (2) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain atas sebab kecacatannya: (a) dengan tidak memberi atau menghadkan akses seseorang itu kepada sebarang manfaat berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu; (b) dengan mengusir keluar seorang lain itu dari tempat penginapan yang diduduki oleh seorang lain tersebut (c) menyebabkan berlakunya kerugian kepada seorang lain itu berkaitan dengan tempat penginapan yang diduduki oleh seorang yang lain itu. 10.Tanah dan harta (1) Seseorang tidak boleh mendiskriminasikan seorang yang lain disebabkan kecacatannya: (a) dengan tidak membenarkan atau gagal menjual tanah atu harta atau kepentingan berkaitan tanah atau harta kepad sorang yang lain atau, (b) dalam syarat atau peraturan berkenaan tanah atau harta atau kepentingan berkaitan tanah atu harta yang ditawarkan kepad orang yang lain. 11. Aktiviti sukan dan rekreasi (1) Seseorang tidak boleh mendskriminasikan seorang lain atas sebab kecacatan dengan tidak membenarkan orang tersebut itu menyetai aktiviti sukan atau rekreasi. (2) Di bawah bahagian ini diskriminasi tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya: (a) Seseorang itu tidak memenuhi tahap prestasi yang diperlukan bagi sukan atau rekreasi atau, (b) sesuatu sukan diadakan hanya bagi mereka yang mengalami sesuatu kecacatan khusus, dan orang yang disebut terdahulu itu tidak mempunyai kecacatan tersebut. BAHAGIAN 3. DISKRIMINASI YANG MELIBATKAN GANGGUAN 1. Gangguan dalam pekerjaan. (1) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang: (a) berupa pekerja di bawahnya dan, (b) mempuyai kecacatan. (2) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang; (a) merupakan pekerja di bawah seseorang yang juga menjadi majikan orang yang disebut terdahulu (b) mempunyai kecacatan. (3) Berkaitan dengan kecacatan, seseorang tidak boleh mengganggu seorang lain yang; (a) memohon bekerja di bawah orang yang disebut terdahulu atau di bawah majikan orang yang disebut terdahulu itu dan, (b) mempunyai kecacatan. 2. Gangguan dalam pendidikan Seseorang ahli tenaga pengajar institusi pendidikan tidak boleh mengganggu seorang yang lain, berkaitan dengan kecacatan, di mana orang itu: (a) adalah pelajar institusi pendidikan terssebut atau ingin masuk sebagai pealjar si institusi pendidikan tersebut dan (b) mempunyai kecacatan. BAHAGIAN 4. PENGECUALIAN 1. Perlakuan yang dilakukan di bawah kuasa badan berkanun Di bawah Bahagian ini tidaklah salah di sisi undang-undang sekiranya perlakuan seseorang itu mematuhi: (a) kuasa badan berkanun (b) perintah daripada mahkamah atau tribunal atau, (c) sebarang undang-undang atau peraturan 2. Penyakit berjangkit Di bawah Bahagian ini tidaklah salah disisi undang-undang mendiskriminasikan seseorang atas sebab kecacatannya sekiranya : (a) kecacatan seseorang itu merupakan penyakit berjangkit dan, (b) diskriminasi dilakukan demi menjaga kesihatan awam. 3. Suruhanjaya boleh memberi pengecualian. Suruhanjaya boleh, atas permohonan orang yang terlibat, dengan makluman secaar nota bertulis mengecualiakan pengamalan mana-mana bahagian Bab iii Bahagian 2 berdasarkan syaat dan peraturan yang terkandung dalam notis tersebut. BAB IV SURUHANJAYA ORANG KURANG UPAYA. 1. Penubuhan Suruhanjaya Sebuah badan dikenali sebagai Suruhanjaya Bagi Orang Kurang Upaya (disebut di tempat lain akta ini sebagai Suruhanjaya) akan ditibuhkan bagi tujuan akta ini. 2. Keahlian Suruhanjaya akan terdiri daripada ahli berikut yang dilantik oleh Menteri: (a) seorang Pengerusi yang juga akan menjadi Pengeruisi Eksekutif Suruhanjaya; (b) Empat orang yang mewakili kerajaan dan, (c) empat orang individu yang kurang upaya atau yang mewakili persatuan orang kurang upaya. Untuk melayakkan diri dilantik sebagai ahli Suruhanjaya, seseorang seharusnya mempunyai pengetahuan yang mendalam atau pengalaman praktikal berkenaan perkara berkaitan pemulihan atau aspek lain kecacatan. 3. Tempoh memegang jawatan. Berdasarkan syarat dan peraturan yang terkandung dalam surat perlantikan, seorang ahli Suruhanjaya akan memegang jawatan tidak melebihi taiga tahun dan adalah layak dipilih semula. 4. Pembayaran dan perbelanjaan lain. Parlimen boleh memperuntukkan dana yang secukup untuk pembayaran kepada ahli Suruhanjaya dan untuk perbelanjaan lain. Suruhanjaya boleh mengadakan peraturan sendiri berkenaan pengurusan Suruhanjaya. 5. Fungsi Suruhanjaya. · Untuk menguatkuasa kuasa yang diberi di bawah Akta ini. · Untuk menasihatkan Menteri berkenaan diskriminasi berdasarkan kecacatan. · Menghantar laporan kepada Parlimen mengenai penguatkuasaan Akta · Mengambil langkah unatuk memelihara hak dan kemudahan yang diberi kepada orang kurang upaya. · Menggalakkan kefahaman dan pengakuran serta kepatuhan Akta tersebut · Menjalankan penyelidikan dan mengadakan program bertujuan mempromosikan objektif Akta ini. · Menyediakan serta menerbitkan garis panduan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Suruhanjaya untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kecacatan. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya akan mengendalikan kerja Suruhanjaya dan bertanggungjawab atas perjalanan seharian Suruhanjaya. Ahli lain akan menjalankan tugas mereka di bawah pengawasan Pengerusi Eksekutif. 6. Suruhanjaya untuk mengendalikan aduan Tanpa prejudis kepada yang terdahulu, Suruhanjaya boleh, secara sendiri atau melalui permohonan pihak yang terkilan menyiasat aduan berkenaan perkara berkaiatan : · pelucutan hak orang kurang upaya; · ketidakimplimentasian undang-undag; undang-undag kecil, peraturan, perintah eksekutif, garis panduan, atau arahan yang dikeluarkan oleh badan berkuasa yang berkenaan, insatitusi, badan berkanun dan badan bukan kerajaan demi kebajikan serta perlindungan hak orang kurang upaya; · dan membawa perkara-perkara tersebut kepada badan-badan berkuasa yang berkenaan. 7. Suruhanjaya untuk menyiasat. Bagi tujuan menjalankan fungsi pertanyaan dan penyiasatan di bawah Akta ini, Suaruhanjaya akan mempunyai kuasa yang sama seperti yang diberi kepada mahkamah di bawah Akta Mahkamah Pengadilan bagi perkara-perkara berikut : · Saman dan penguatkuasaan kehadiran saksi-saksi; · Memerlukan pencarian dan penyerahan dokumen; · Permintaan rekod awam atau salinanya daripada mahkamah atau pejabat; · Menerima bukti bagi afidavit. 8. Pendakwaan. Selepas penyiasatan, sekiranya mengikut pendapat Suruhanjaya, terdapat keingkaran mana-mana bahagian Akta ini, Suruhanjaya boleh membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa berkenaan bagi tujuan pendakwaan. BAB V KESALAHAN (akan digubalkan secara rundingan bersama pejabat Peguam Negara) DISEDIAKAN OLEH (Mah Hassan Haji Omar) Pengerusi Jawatankuasa Kerja Teknik Perundangan, Majlis Penasihat dan Perundangan bagi Orang Kurang Upaya Presiden, Pertubuhan Orang Buta Malaysia Tarikh: 16 September 2002

berita 1

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Satu kajian mendapati hampir separuh (45.6 peratus) guru yang bukan dari khusus pendidikan khas mengajar di program pendidikan khas masalah pembelajaran. Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kertas kerja mereka berkata 54.4 peratus guru mempunyai pengkhususan pendidikan khas pula mendidik pelajar dalam aliran biasa.

“Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran,” menurut kajian itu.

Kertas kerja kajian itu yang bertajuk Penempatan Guru di Program Integrasi Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara Ketiga: Dasar dan Pelaksanaan.

Menurut kajian itu, jumlah guru yang telah mengikuti pelbagai kursus dalam bidang pendidikan khas amat menggalakkan.

Bagi guru yang bukan pengkhususan masalah pembelajaran didapati hanya 7.8 peratus sahaja tidak pernah mengikuti sebarang kursus yang berkaitan pendidikan khas dan hampir separuh daripada guru itu hanya mengikuti kursus yang kurang daripada sebulan.

“Kursus yang pendek kurang dari sebulan tidak cukup untuk membantu dan mendedahkan guru-guru ini kepada pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” menurut kajian itu.

Menurut kajian itu, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran supaya perhatian dapat diberikan kepada keperluan tertentu kanak-kanak itu dalam proses pembelajaran seperti memilih pedagogi sesuai dengan keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran.

Menurut Aliza dan Mohd Mokhtar, bidang pengkhususan lain dalam pendidikan khas seperti pintar cerdas, masalah pendengaran, masalah penglihatan dan pemulihan adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari aspek kanak-kanak tersebut mahupun kaedah pedagogi yang sesuai.

“Guru harus mempunyai pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam tentang ciri-ciri kanak-kanak masalah pembelajaran yang menempatkan pelbagai kategori seperti autistik, hiperaktif, sindrom down dan juga disleksia,” menurut kajian itu.

Kajian ini dilakukan terhadap 90 guru yang mengajar di program integrasi di sekolah rendah dan menengah.

– Bernama

Thursday, October 9, 2008

KENAPA SEWA RUMAH NAIK .... CERITA TELADAN UTK RENUNGAN ANDA...

kenapa sewa rumah bagi PDK boleh melambung tinggi????

bukan sahaja barang keperluan harian naik, minyak naik hinggakan untuk berbuat kebajikan pun naik sewa juga ke ????


DAN YANG JADI MANGSA KOMPLOT INI PULA IALAH PENYELIA PDK.....


AKU DAPAT TAHU DARIPADA SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI (PENGERUSI PDK) MENGATAKAN ADA PDK 2 YANG WANG AKTIVITINYA DAH ZERO .... KENAPA BOLEH JADI MACAM INI????

AKTIVITI YANG DIBUAT TU MENGARUT-NGARU KE .... CONTOHNYA TAK ADA AKTIVITI TAPI SAJA BUAT UTK DAPATKAN WANG ..... BUKANKAH TINDAKAN INI BERDOSA..... JKM TAK NAMPAK TAPI ALLAH NAMPAK APA SAHAJA YANG KITA BUAT ....

JANGAN PULA DI SANA NANTI TAK TERJAWAB KITA PULA HASIL DARIPADA TINDAKAN MENYELEWENG NI .... LAGI PUN TAK ADA FAEDAH BUAT MACAM NI ..... LLAGI PUN KALAU BEKERJA UTK KEBAJIKAN BUATLAH KEBAJIKAN ..... JANGAN PULA JADI OTAK PENIPU ....

INI UTK PENYELIA PDK SATU TELADAN ...

CONTOH SI ANU DIBERI PROJEK RM 600 KATA UTK BUAT JUALAN ....
TAPI BILA DITANYA MANA WANG MODAL DAN KEUNTUNGAN ...JAWAB SI PENYELIA INI UNTUNG TAK BANYAK ADALAH SEDIKIT DAN AKHIRNYA MODAL TAK DIBERI KPD PENGERUSI DAN UNTUNG PUN TAK DIBERI .... DAH SAHLAH MASUK POKET SENDIRI..........


JADI FIKIR-FIKIRLAH ......

e mel buat penyelia pdk

TUAN/PUAN, SEKIRANYA TERDAPAT PERUBAHAN PADA BAUCER BAYARAN BAGI BULAN OKTOBER 2008 SILA MAKLUM AWAL KEAPADA PN NOORMELAH DI JKMN SEBELUM PENYATA BAYARAN BAGI BLN OKTOBER DIBUAT. SILA MAKLUM SEGERA BAGI MENGELAK KELEWATAN BAYARAN BAGI BULAN OKTOBER. BAYARAN SEWA BAGI PDK YANG TELAH MENINGKAT TIDAK DAPAT DIBERI PADA TAHUN INI DAN PERUNTUKAN TAMBAHAN AKAN DIPOHON PADA TAHUN HADAPAN KECUALI PDK YANG TELAH MAKLUMKAN LEBIH AWAL TENTANG KENAIKAN KADAR SEWA SEBELUM BLN JULAI 2008. KEPADA SEMUA PENYELIA PDK SILA SEMAK SEMULA KADAR SEWA YANG DIKEMUKAKAN KE JKMN KERANA DIDAPATI KEBANYAKAN KADAR SEWA BARU TIDAK RELEVAN DAN TERLALU TINGGI. SEKIRANYA TERDAPAT UNSUR-UNSUR PENIPUAN DALAM MENAIKKAN KADAR SEWA YANG TIDAK RELEVAN SEMUA PENYELIA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA PIHAK AUDIT MEMBUAT SEMAKAN. KERJASAMA TUAN/PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.SEKIAN, TERIMA KASIH